Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah

Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah|  Pernah dengar tak orang makan Landak Laut??? Mesti ada yang tertanya tanya sama ada landak laut ni boleh makan atau pon tidak... Kalau berada di negeri dibawah bayu, Sabah ni Landak Laut digelar sebagai 'Taiyum'... Itu gelaran bagi suku kaum Ubian.. Mohon betulkan sekiranya aku tersilap kerana aku bukan lah dari suku kaum tersebut...

Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah
Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah

Dalam gambar ni menunjukkan Landak Laut yang telah dibersihkan dan duri seperti landak tu pon telah ditanggalkan... Landak Laut ni tidak dihidangkan di mana mana restoran, tapi ianya dimakan bila rasa nak makan je... 

Telur Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah
Resepi Landak Laut 
Ada banyak resepi yang boleh dimasak menggunakan Landak Laut ini tapi kali ini aku kongsikan resepi yang selalu mak aku buat... Resepi Pulut Landak Laut.. Caranya senang je....

Setelah Landak Laut dibersihkan, keluarkan isi perut Landak Laut tu dengan cara lubangkan dari bawah... Kemudian isikan beras pulut sama seperti korang masak ketupat. Tunggu sehingga masak.... Dan hasilnya seperti gambar dibawah... 

Kebiasaanya, hanya telur Landak Laut saja yang kita perlukan... Dan rasanya memang sedap... Tapi aku kurang bernasib baik sebab Landak Laut yang aku buka ni kurang menghasilkan telur,.... 

Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah
Makanan Terkenal Di Sabah
Bila datang melawat ke Sabah, negeri di Bawah Bayu ini, hanya ditempat tertentu saja korang boleh temui penjual yang menjual Landak Laut... Salah satu tempatnya adalah gerai makan bersebelahan dengan Pasar Filipin...

3 Komen untuk "Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah"

kalau nak tengok resipi resipi eksotik silalah ke blog papa kan? seriously first time nampak ni...kesian tak? ha ha ha...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info