Musim Menuai Jagung Di Sabah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Musim Menuai Jagung Di Sabah

Musim Menuai Jagung... Hari jumaat lepas, mak aku ajak ke pasar tani seawal pagi... Pukul 6 aku dah terpacak ngan mak aku kat pasar tu... Semata mata nak borong Jagung... Hahahah...

Bak kata seorang pakcik yang berbangsa Kadazan Dusun, hujung tahun macam ni lah musim untuk menuai jagung... Ramai yang borong hari tu... Ada yang nak jual semula dan ada juga yang bawa balik rumah... 


    

Nampak betapa ramainya yang sibuk berebut nak borong jagung... Murah tu takde lah murah sangat... 5 tongkol bersamaan RM3... Kalau bernasib baik, dapatlah 5 tongkol dengan harga RM2... 

Mak aku suruh beli harga RM45, cuba kira berapa banyak jagung yang aku dapat... Hehehehe... Apa lagi, sampai rumah, fikir lah nak masak apa... Korang tau tak kat Sabah ni orang lebih suka makan Jagung Pulut berbanding Jagung Manis... Nak tahu apa bezanya, sila rasa sendiri... Sebab pada pendapat aku, Jagung Pulut lebih sedap berbanding Jagung Manis... 

Nanti aku bagitau apa yang aku masak ye... Next entri... Hehehe


2 Komen untuk "Musim Menuai Jagung Di Sabah"

bakar... letak butter... oh sedapnyeeeee

salams, seronoknya dapat borong jagung, murah sangat harganya:)

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info