Sandakan Syurga Telur Penyu

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Sandakan Syurga Telur Penyu

Lama giler nak pikir idea cerita masa sukan di Sandakan tu... Sebenarnya takde idea langsung sebab aku pegi sandakan hanya bersukan bukan travel ke sana sini... Huhuhu


Entri kali ni nak cerita pasal Sandakan... Kat sini boleh dikatakan syurga telur penyu... Memang rata rata di kaki lima orang menjual telur penyu... Lalu je kat bandar dengan menaiki kereta, sudah pasti ada yang menunjukkan lambang telur penyu... 

Aku kehairanan... Kenapa takde usaha dari pihak berwajib menghalang kegiatan penjualan telur penyu ni... Dengan keberanian yang ada, aku cuba tanya salah seorang penjual telur penyu... (Apesal ayat macam skema sangat ni)

Jawapannya mudah...!! Sebab pulau yang tempat penyu bertelur tu bukan dalam kawasan perairan Malaysia... Ianya terletak disempadan Filipina... Betapa dekatnya Sandakan dengan negara penceroboh tu kan... 


Haaaa..!! Ni la simbol yang digunakan oleh penjual telur penyu...!!! Ngehehehe... Mula mula aku tak tau... Dia tunjuk simbol tu kat aku, aku pon balas la balik dengan lambang 'bagus' dengan menggunakan ibu jari... Hahahaha... 

Apa apa pon, aku tak beli telur penyu sebab tak boleh masuk anak tekak... Lendir banyak sangat dalam telur tu... Hahahaha... Awas..!!! Jika didapati memeliki telur penyu, denda RM50,000 atau 5 TAHUN PENJARA... Makan tak salah... 

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info