Resepi Udang | Udang Masak Berlada

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Resepi Udang | Udang Masak Berlada

Resepi Udang | Udang Masak Berlada| Bila dapat udang fresh ni, masak ape ape pon sedap kan... Pagi pagi lagi aku dah pergi Pasar Borong Selangor semata mata nak dapatkan udang fresh... Hehehe



Saje je nak bagi resepi kan... Kalau korang rasa nak cuba masakan yang aku buat ni, boleh lah guna resepi yang aku bagi ni ye.. Aku masak ni bukan bermaksud wife aku tak nak masuk dapur, tapi ini semua adalah hobi aku... 

Ok...!! Mari kita mulakan masakan kita hari ni, Resepi Udang Masak Berlada... 

Bahan-bahan Udang Masak Berlada 

1. Udang 20 ekor yang dibuang kepala
2. 3 biji bawang besar
3. 3 biji bawang kecil
4. 3 ulas bawang putih
5. 1 biji bawang kuning
6. 3 biji lada besar 
7. 3 biji cili api

Simple kan bahan bahan nak buat udang masak berlada... Jadi nak masak pon simple juga... Hehehe

Cara cara menyediakan Udang Masak Berlada

Tumbuk semua bahan bahan tu dan campurkan sekali... Kedua dua cili tu aku dah buangkan bijinya... Sebab aku memang tak suka... Hehehe... Tapi sebenarnya bila buang biji cili tu nanti akan menghilangkan sedikit rasa pedas... 

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan bahan yang dah ditumbuk tadi... Goreng dalam masa 3 minit dan seterusnya masukkan udang... 

Agak agak dah masak udang tu, masukkan bawang kuning yang dah dipotong bulat dan tunggu sehingga bawang kuning tu dah empuk... Kemudian, setel... Dah boleh hidang dah... 

Simple kan masakan Udang Masak Berlada... Selamat mencuba. 
0 Komentar untuk "Resepi Udang | Udang Masak Berlada"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info