Kenaikan Tarif Elektrik | Tun Mahathir Mohamad Membantah |

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kenaikan Tarif Elektrik | Tun Mahathir Mohamad Membantah |

Kenaikan Tarif Elektrik | Tun Mahathir Mohamad Membantah | Dah baca Sinar harian pagi ni??? Bila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik... Tun Mahathir adalah salah seorang menjadi role model untuk aku sebab pemikirannya jauh ke hadapan... 



SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

“Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri,” katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar,” katanya.

Tahun depan banyak benda yang akan naik akibat daripada kenaikan minyak, tol dan juga elektrik.. Sebab kesemua benda yang dinaikkan oleh kerajaan pada masa kini memainkan peranan yang besar dalam semua industri... 

Sebagai contoh yang paling senang adalah pengusaha restoran... Bila minyak, tol dan elektrik dinaikkan oleh kerajaan, semua barang barang yang dia hasilkan turut dinaikkan.. Tu belum kira gula lagi kan... Malahan ade pengusaha restoran naikkan harga minuman dari RM1.50 ke RM3.00 seolah olah segelas air minuman tu nak cover kenaikan harga gula, minyak, tol dan elektrik... 

Mulai tahun depan, aku kena berjimat cermat lagi lah... Hari hari kena bawa bekal dari rumah... Huhuhu... 


3 Komen untuk "Kenaikan Tarif Elektrik | Tun Mahathir Mohamad Membantah |"

tu lah kan.. sekali nak naik, semu2 pon naik, gaji x naik pulak..... hukhuk

respect ngan tun m sampai sekarang...

selalu berangan nak bawa bekal dr rumah...nampak gayanya kena realisasikan berangan tu la jawabnya...satu family bawa bekal dari rumah

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info