Drama Seludup Akan Bersiaran Disember Ini

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Drama Seludup Akan Bersiaran Disember Ini

Drama Seludup Bersiaran Di Astro Prima

Drama Seludup yang dibintangi oleh pelakon pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqiyah, Namron, Jehan Miskin dan Syafie Naswip akan bersiaran secara rasminya bermula pada 4 Disember 2014 di Astro Prima jam 9.30 malam dan Maya HD jam 6.00 petang pada 6 Disember 2014...


Drama Seludup Bersiaran Di Astro Prima

Drama Seludup Akan Bersiaran Disember Ini

Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen... Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pekon utamanya, Pekin dan Tiz.

Drama aksi bersiri ini diarahkan oleh Jehan Miskin. Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

Masih kah korang ingat masa Ujibakat Drama Seludup dan juga Pemenang Ujibakat Seludup haritu??  Dalam drama ni, ade pelakon yang menang haritu... Hehehe... Rezeki diorang kan.. Tahniah...!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup dan instagram@seludup.
0 Komentar untuk "Drama Seludup Akan Bersiaran Disember Ini"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info