Kebesaran Kalimah Allahu Akbar- Kisah Benar

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kebesaran Kalimah Allahu Akbar- Kisah Benar






Ini memang cerita yang benar benar terjadi... Bukan kat aku tapi kat abang ipar aku sendiri... Kejadian ni berlaku beberapa tahun yang lalu... Bagi menyedapkan lagi cerita, terdapat sedikit tokok tambah bagi mudah untuk korang fahami...

Abang ipar bernama Abang Malik, kakak kandung aku namanya Kak Junai dan seorang sepupu kepada abang ipar aku namanya Nasip... Juga terdapat seorang anak sulung kakak aku yang berumur 6 bulan masa tu...

Ceritanya macam ni... Diorang berempat dalam perjalanan ke Kudat selepas selesai urusan kat Kota Kinabalu... Masa tu hujan sangat lebat hingga menyebabkan jalan licin... Sampai di satu kawasan tu, kereta kancil yang dipandu oleh abang Malik hilang kawalan hingga menyebabkan kereta tu jatuh ke gaung...

Kalau kita sendiri tengok kereta kancil yang remuk akibat berpusing beberapa kali sebelum jatuh ke gaung tu, mesti kita terpikir yang pemandu tu meninggal dunia kan... Tapi kesemua diorang selamat cuma yang paling teruk adalah sepupu abang Malik yang duduk di sebelah pemandu...

Kitorang yang dengar cerita abang Malik tu pon tanya sebab apa dia dan kak junai selamat... Dia pon cerita kat kitorang betapa besarnya Kalimah Allahu Akbar tu hingga mampu menyelamatkan nyawanya sekeluarga..

Sebelum kereta tu jatuh ke gaung, hanya kalimah Allahu Akbar je yang sentiasa menjadi sebutannya.. Dan alhamdulillah, dengan kalimah tu juga telah menyelamatkan abang ipar aku dengan keluarganya... Sesungguhnya disaat yang genting, Allah masih membantu hambaNya...

Tapi lain pula yang terjadi dengan si Nasip... memang nasib dia tak berapa baik la masa tu... Sebelum kereta jatuh ke gaung, abang malik masih mampu mengingati Allah, tapi brader nasip ni cuma tau perkataan

"alamak!!! kompom eksiden!!! matilah kita semua!!!!

Ape yang terjadi pada dia?? Dia menerima hampir 20 jahitan di muka, di leher dan lidahnya... Abang malik cuma luka sedikit kat peha... Walaupon stereng dah patah, luka yang dialami tak sampai 3 inci panjangnya... hehehe... Kirenya semua selamat lah, termasuk baby umur 6 bulan kecuali si Nasip tu...

Di hari jumaat ni, sama sama lah kite menyebut nama Allah sebanyak yang mungkin... Insha Allah, pahala berganda kan....




4 Komen untuk "Kebesaran Kalimah Allahu Akbar- Kisah Benar"

Perkongsian yang baik.. dulu kalau drive masa hujan lebat pun selalu dengar abah sebut kalimah Allah banyak kali.. Alhamdulillah kami semua selamat.. :)

SubhanaAllah....Alhamdulillah naseb baik semuanya selamat...Sesungguhnya Allah itu Maha Besar....

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info