Mesej Dari Pusara

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Mesej Dari Pusara

Semalam masa aku keluar nak ke Bandar Tun Razak, aku tersesat dan terlalu kat Hospital UKM kat Cheras tu... Aku berenti dekat lampu isyarat masa tu, dan aku terpandang satu tv besar kat pintu gerbang hospital tu... Pada mulanya aku ingat iklan untuk movie cerita hantu yang akan keluar di pawagam ke ape ke... Rupanya tu adalah kempen untuk berhenti merokok...

Memang seram juga membaca dari awal... Iyelah, kekadang kita ni, bila tengok batu nisan, mesti terbayang kematian kan..Aku amati tulisannya, dan memang betul juga kempen diorang tu..

Dia tulis dan melarang kita untuk merokok lagi kerana merokok memang bahayakan kesihatan kita.. Jangan jadikan rokok adalah penyebab utama kita mati awal.. Allah pon menegaskan kepada kita supaya jangan membiarkan diri terjerumus ke lembah kebinasaan..

credit to ukm

Dulu aku memang seorang perokok tegar dan mampu menghabiskan 2 kotak rokok sehari... Tapi sejak rokok dah naik harga tahun 2009, aku kurangkan sedikit dengan jadikan 1 kotak je sehari.. Dan lepas aku jumpa wife aku, dulu masih bujang, aku nekad nak berhenti dari merokok lagi...

Duit memang selalu melayang sehinggakan terpaksa beli rokok murah dan rokok seludup semata mata nak asap rokok... Ketagih rokok bukan macam ketagih makan nasi.. Pada awalnya nak berenti memang susah nak mampos

Lama kelamaan, aku sangat bahagia bila bebas dari tembakau.. Hahaha Duit memang banyak save la.. Rokok!!! nyah kau dari hidup ku... Kau aku tak perlukan seperti dulu lagi...

2 Komen untuk "Mesej Dari Pusara"

pernah ada 1 lelaki ni dh bkeluarga, hidup agak daif. kais pg mkn pg kasi ptg mkn ptg. tu pn nasib2 tp perokok tegar.. mula2 nk simpati terus xjd sbb dia sdiri xsimpati pd diri dia & kluarga..

leeza berharap adik leeza boleh berhnti merokok... hmmm

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info