Hantu Ade Anak?? Final

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Hantu Ade Anak?? Final

Cerita ini adalah kesinambungan dari cerita sebelum ni... Cerita ini adalah pengalaman penulis sendiri, tiada unsur penipuan mahupon ditokok tambah... Pandangan korang dan pengalaman korang boleh dikongsi dengan aku, maybe aku boleh siarkan dalam blog aku ni... hehehe Nak baca sila klik kat Part 1 Part 2 Part 3 Part 4

*******

Habis je aku azankan,, memang masa tu aku laungkan azan dah macam Iqamah dah.. Rasa nak cepat je.. Sungguh!! Aku memang takut masa tu.. Aku tengah membayangkan, tengah aku azan tu, tiba tiba benda tu meluru ke depan.. Arggghhh!!! Seramnye.. Diorang senang la lari kalau benda tu muncul sebab dekat dengan tangga... Aku ni macam mana??? 

Bila masing masing dah habis laungkan azan kat bilik tu, tiba tiba Mus pandang aku... Lepas tu mata dia seolah olah sedang melihat orang tengah berlari ke tangga... Aku tanya kenapa...

" Aku pelik, kenapa 'benda' ni tak nak keluar??" Sambil mata dia pandang ke dinding.. Er... Benda ape pula yang tak keluar ni?? 

Mus baru perasan yang rumah tu dah kena pagar dan dia tak lepas nak keluar.. Lepas tu dia baca la sesuatu bagi keluar benda tu... Mus ajak turun ke bawah untuk bantu dia pagarkan kawasan rumah tu semula.. Sekali lagi dia pandang kat luar..

" Kenapa 'benda' ni tak nak pegi jauh jauh erk?? Jom ikut aku pantau kat atas" Mus ajak kitorang naik semula ke tingkat atas... Bila dia masuk ke bilik yang aku azankan tu, dia tepuk dahi..

" Patut lah 'dia' tak nak pegi jauh jauh... Anak dia ade kat atas katil tu tertinggal rupenye"... Mus cakap kat aku, aku azan terlalu cepat sampai tak sempat nak ambil anak dia.. Baby la kot masa tu... 

Aku jadi pelik.. Eh!! Hantu ade anak ke??? Jadi tanda tanya kat aku.. Dan sememangnya, bila mak dia datang ambil, bunyi bunyian tu tak kedengaran lagi.. Dan rumah tu dah selamat untuk didiami...

Dan bagi menambahkan lagi kekuatan 'pagar' tempat tu, seorang member kepada Pali, Paan, bukan nama sebenar di panggil untuk memagarkan lagi rumah tu.. Untuk pengetahuan semua, Paan ni belajar ilmu silat untuk membantu merawat pesakit yang dirasuk benda halus.. 

Dengan pagar yang dia buat, sangat kukuh dan tinggi bentengnya.. Mus bagitahu, pagar tu berwarna hijau sampai ke langit tingginya.. Wallahualam...

Begitulah kisah orang yang berilmu sehingga benda halus boleh dilihat.. Untuk mendapatkan ilmu macam ni, kena bergantung kepada niat.. Maka dengan ini, cerita Akasia Hantu Ada Anak sudah TAMAT... hehehe
5 Komen untuk "Hantu Ade Anak?? Final"

habis jugak. terjawab akhirnya segala persoalan. hamboihh lama betol tunggu. nasib baik cerita memang best. berani eh kawan awak yang mus tu, siap boleh pergi cek sana sini. kalau sayalah, check out terus meh. hehehe

by the way, blog lawalahh. biru2 gitu and both of you muka sama! seriuss sweet and amirah sangat comel. geram tengok si kecik tuh.(takde kaitan lak dengan entry.hehhe)

Hehehe terima kasih... Lepas ni, sya akan siarkan cerita hantu yang pernah sy alami dan dengar dari sumber yg boleh di percayai...

hmmmm... benda/cerita/kisah seperti ini. adakala teringin nk tahu... tp kecut jg nk dgr.
so kadang2 mls nk dgr cerita2 seram...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Entri Tugasan Imuniti tidak akan dipilih sebagai entri pilihan (Carta Mingguan). Entri entri lain yang akan dipilih untuk dimasukkan dalam carta.
Keputusan terkini Tugasan Imuniti Episod 2
DEUX : 3 entri (Nadia Farhana, Eddy, Korn)
Senshi BurogÄ : 4 entri (Cheida, Lokman, Papa Blogger, Emma)

hehehe... kadang kadang best juga dengar... saja je nak takutkan diri sendiri.. hahaha

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info