FAIL PERIBADI AHLI B3:BR

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

FAIL PERIBADI AHLI B3:BR

Assalammualaikum w.b.t.... Harini aku akan buat satu entry pasal peribadi aku sepertimana yang diminta oleh penganjur segmen Battle Royale... Yang ini adalah data data yang dia minta untuk diisi

Nama Kumpulan :  Senshi burogā

Profesion / Bidang Diceburi : Pembantu Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan     Masyarakat

Hobi : Paintball, Blogging, Merantau, Main Game, Memancing dan banyak lagi.. hehehe

Blog Pilihan : Ben Ashaari

Tujuan Blogging : Tujuan aku nak berblog adalah untuk bercerita tentang pengalaman aku dari apa yang aku nampak, alami, dengar dan apa yang aku bercerita dengan orang sekeliling... Lagi satu, nak berkongsi dan tukar tukar pengalaman serta maklumat yang bermacam macam terutama mengenai anak aku...

Sebutkan 3 sifat semulajadi/pelik anda: 

1. Aku suka benda benda yang baru, tak kisah la aku yang beli ke wife aku ke, janji benda tu benda yang sangat baru dan aku yang akan rasmi dulu.. Hahaha

2. Bila tido, korang kejut macam mana pon aku tak akan bangun.. Korang goyang ke goncang aku ke, aku tetap tak akan bangun sebab memang susah.. Tapi bila dengar anak aku menangis, kompom alert...hehehe

3. Sifat semulajadi aku yang terakhir adalah pantang dengar kenduri... Makan la maksudnya.. Kompom aku akan datang.. Hahaha kuat makan ni...

 Masa yang selalu melayari internet : Yang ni aku suka.. Hehehe Sebabnya aku memang takde masa yang ditetapkan untuk bukan internet.. Selagi aku tak tidor, selagi tu aku melayari internet dan selagi internet ade lah.. hehehe 
Sehari takde internet, hidup tak keruan. hahaha

Pilih 1 peserta bersama anda ke final nanti : Nick Nashram 

Mengapa pilih peserta tersebut : Aku rasa dia sangat bagus.. Entry pon boleh tahan

Pandangan anda tentang B3:BR : Segmen ni sangat bagus sebab boleh mengeratkan silaturrahim.. Memang hari hari kena buka la blog penganjur... Dan ini kali pertama aku join segmen yang memerlukan kerjasama antara peserta..
3 Komen untuk "FAIL PERIBADI AHLI B3:BR"

yeke alert bila amirah nangis..???urm..urm...urm...

Memang alert pon... ala dengki ar tu

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info