Telefon Alam Kubur

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Telefon Alam Kubur


'Alangkah bagusnya kalau ada telefon untuk orang orang yang dah meninggal'... Kata mak aku masa dalam perjalanan balik ke rumah... 

Aku terkesima bila orang tua aku tiba tiba terfikir camtu... 

'Kenapa mak cakap camtu?' Aku tanya dia semula...

'Aku bukan apa, aku rindu sangat  dengan arwah bapa kau dan arwah kak junai kau tu.. Kadang kadang aku teringin nak jumpa diorang walaupon sekejap dalam mimpi... Tapi sejak diorang berdua meninggal, sekali pon tak pernah datang dalam mimpi aku... Aku tersangat rindu...' Panjang lebar mak aku terangkan kat aku sambil mengesat air matanya... 

Aku hanya mampu berdiam dan tenangkan dia seketika... Yang pergi, tak kan pernah kembali... Kita yang hidup, harus meneruskan perjuangan ini... 

Allah merahsiakan alam ghaib dan alam kubur bersebab agar kita terus mengimaninya... Andai kata kita boleh menghubungi mereka, sudah tentu mereka semua merayu agar didoakan sehari hari...

Semoga mereka sentiasa tenang di bawah Rahmat Dan juga diredhainya... 

Al-Fatihah.... 
5 Komen untuk "Telefon Alam Kubur"

Tengah kupas bawang ke azmi? Kenapa pedih nya sampai kat kchg.. Sob sob
Alfatihah.. Semoga mereka di tempat kan bersama2 org beriman. Amin..

Tapi kita boleh berhubung iaitu dengn doakan utk mereka...

sedih la kalau dengar mak cakap macam tu T_T alfatihah

al-Fatihah untuk arwah...mak tu sunyi kot...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info