Penduduk Sabah Dan Sarawak Ketinggalan Zaman

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Penduduk Sabah Dan Sarawak Ketinggalan Zaman

'Penduduk Sabah Sarawak memang ketinggalan zaman'

'Orang sabah tak ada teknologi seperti di semenanjung'

'Sabah sarawak takde kemudahan seperti air dan jalan raya'

'Masih ramai ke penduduk sabah dan sarawak yang tinggal atas pokok???'

Inilah statement yang sering aku dengar yang dituturkan oleh kebanyakan penduduk semenanjung... Statement statement macam ni aku rasa seolah olah mereka tak terima kewujudan dan pergabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu menjadi Malaysia...

Ramai yang beranggapan Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang paling mundur dalam Malaysia... 

Ya...!!! Borneo memang mundur tapi wujud pulak lapangan terbang yang besar...

Ya...!!! Borneo memang mundur tapi wujud pulak Universiti Malaysia Sabah/Sarawak...

Ya...!!! Borneo memang mundur tapi ramai guru guru yang berasal dari semenanjung tak nak balik ke negeri asal... 

Tapi pada aku, orang yang beranggapan Negeri Sabah dan sarawak itu mundur, itu menunjukkan dia sebenarnya yang paling mundur... Dia tak pernah tengok tv tentang sabah... Dia tak pernah tahu tentang keunikan sabah... Dan paling mudah, sebenarnya dia tak pernah tahu apa itu internet... Hehehe

Rajin rajinkan lah diri untuk mencari keistimewaan negeri Borneo ini... 



4 Komen untuk "Penduduk Sabah Dan Sarawak Ketinggalan Zaman"

xkan tahu selagi x cari tahu..thats why, x kenal maka x cinta..x gitu? hehe

suka2 je diorang ni main cakap, sepatutnya diorang kena cari balik betul ke kenyataan tu? padahal negeri2 borneo ni sangat menarik. Biasa la kekurangan tu mana2 negeri pun tetap ada je kan...

p/s : sorry ye..kakmi baru follow...

Bila la aku nak bercuti-cuti ke Sabah... :d

kan PB...KG pun banyak kali baca statement mcm tu...kaya sgt kah semenanjung tu?

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info