Pelempang Kau Bagi, Parang Jawabnya

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Pelempang Kau Bagi, Parang Jawabnya



Apa perasaan korang bila dapat tahu yang anak korang kena tampar dengan cikgu??? Dan anak korang tu pulak cuma budak tadika?? Cikgu tu just tampar sekali je anak korang, apa yang korang nak buat??

Bengang kan bila dapat tahu anak kena lempang.. Kita sendiri pon tak pukul anak kat muka... Bila aku baca Harian Metro, cikgu sekolah ni tampar anak muridnya sebanyak 120 kali dalam masa setengah jam..

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

 Kalau korang tanya aku  pulak, kompom aku lempang 2 kali ganda lebih banyak dari dia lempang anak aku... Menyirap pulak aku tengok kalau macam ni.. Kalau dia pukul anak aku sebab dia salah, aku  tak kisah.. Tapi jangan pukul kat muka weh.. Kita pon bengang juga kan kalau kena lempang..


“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Kalau korang pulak, apa perasaan korang dan apa yang korang akan buat kalau anak korang jadi macam ni???

10 Komen untuk "Pelempang Kau Bagi, Parang Jawabnya"

xberani nak marah depan2..
kita hantar santau je lah kat dia...
kahkahkahkahkah...

kalau anak aku mmg aku blasah balik cikgu tu... nak mengajar ada caranya... itu bodoh namanya tu...

Ya Allah, kite nak pukul anak sendiri pun serba salah inikan nak lempang n sepak terajang? Apelah cikgu mcm ni...

gilo cikgu tu..emo terlebih..
klu sy mau je ajk mak pk murid len yg kne lmpg tu p lmpg cikgu tu balik..biar dia rs then soal balik ckgu tu plu ke smpi mcm tu skli

ok la darik semalam..
ermm.. eh.. saya bukan komplen tau..
saya cuma kasik tau apa yg saya rasa.. rasa bersalah pulak pepandai komplen.. hehe.. tapi sungguh mmg rasa kaler semalam sakit mata skit.. kena pakai spek , *silau.. hikhik..

hari nih ok la...

nak bw pun tak sakit mata sangat dah...

:)

(awak suka kaler kaler ek..? perasan tak kebanyakkan blogger pemes2 tu depa punya background sumer warna putih kan..? nak kena kaji kan kenapa.. haha..)

ok.. sebelum terbawak sembang .. kita stop ek..

nway...kaler hari nih ok.. cuma tajuk entry tu kasik highlight sikit kot.. kasik kaler menyerlah.. mula2 tgk tak perasan tajuk entry tadi..

:)

Ambil tindakan undang2 beri pengajaran kpd guru tu supaya jgn bertindak sewenang2!

RASANYA CIKGU TU SEDANG MENGALAMI TEKANAN PERASAAN.

erk... bahayanya.. deno pernah baca kalau nak beri hukuman kena elakkan muka... rasanya cikgu tu tak siuman tu...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info