Masak Lokan Dan Pucuk Lada

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Masak Lokan Dan Pucuk Lada


Pagi tadi mak aku beli Pucuk Lada dengan Lokan dan dia minta aku tumiskan untuk dia.,. Hehehe.. Ni pertama kali aku masak pucuk lada dan hari ni aku baru tau pucuk lada tu boleh di makan... 

Pucuk lada ni rasa sedikit pahit dan mak aku cakap ianya adalah ubat.,. 

Aku teringat masa dulu aku borak dengan sorang pakcik berbangsa jawa... Katanya orang jawa suka makan pucuk lada ni sebab ianya ubat buasir.. Sahih atau tak, tu aku tak berapa nak pasti... 

 Walaupon pahit, tapi masih boleh aku telan jika dibandingkan dengan pucuk betik... Pucuk betik serius tak boleh blah... Memang pahit nak mampos... Sehinggakan kuali yang digunakan tu pon jadi pahit... Masak ape je mesti pahit kan... 

Bak kata mak aku, takde ubat yang rasa manis... Hehehe.. Ape ape pon, pucuk lada ngan lokan ni memang sedap... 

4 Komen untuk "Masak Lokan Dan Pucuk Lada"

Pucuk betik mak sha suka sampai botak pokok betik kat rumah dia asyik kutip pucuk....

pucuk lada ni baru 1st time tau ni....

Pucuk lada ni puck pokok lada yg lada hitam tu ke...

Hihi...pucuk lada tu pucuk cili kan..kalau orabg sabah memang depa panggil cili tu lada

ye..saya pernah ada kawan dari jawa.masa kerja dulu dia kata kat sana diaorang masak pucuk lada..untuk ubat katanya...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info