Rakyat Malaysia Pemerhati Terbaik

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Rakyat Malaysia Pemerhati Terbaik








“Saya kemudian tergesa-gesa ke kerusi penumpang depan sebelum suspek terus mengundurkan kenderaan dengan laju. Tanpa berfikir panjang, saya terus membuka pintu dan terjun sebelum tercampak menyebabkan saya cedera di kepala, lengan dan kaki.

Petikan ini diambil dari Kosmo Online pada hari ini.. Kejadian berlaku di depan rumah mangsa dan berlaku pada awal pagi... Berita ni tak memeranjatkan aku sebab kejadian berlaku di awal pagi dan masa tu mungkin orang sekeliling pon tiada

Bulan lepas, kawan opis aku ada tunjuk satu video yang menunjukkan rakyat Malaysia sangat prihatin.. Bukan prihatin ape, prihatin untuk tengok je.. Memang tengok video tu aku yang sakit hati.. Aku dah cuba cari kat youtube pasal video tu tapi sayangnya aku tak jumpa pulak...

Dalam video tu memaparkan satu kejadian merompak motor kat Shell.. Dan masa tu lebih kurang jam 12 tengah malam sebab dalam video tu ada tunjuk masa... Seorang mamat motor ni datang untuk isi minyak dan ade 2 orang lagi sedang tunggu je tuan motor tu pegi kaunter isi minyak... Nak mencuri la tu..

Bila mamat tadi tu dah pergi kaunter, diorang pon cuba melarikan motor tu tapi tuan motor tu bergelut la nak selamatkan motor dia.. Yang pelik dan menyakitkan hati aku, bukan mamat tu sorang je kat Shell tu.. Ade 7 orang kot yang lalu lalang untuk ke kaunter.. Ketujuh tujuh orang kat Shell just tengok je...

Bila motor dah berjaya dilarikan, baru sibuk sibuk datang tanya apa punca diorang bergelut.. Hok aloh... Datang tanya je lepas kena curi.. Masa tengah bergelut sorang pon tak datang... Geram pulak aku tengok..

Orang kita ni memang suka sangat jadi pemerhati je kot.. Sedih tau.. Tengok budak tu memang sedih.. Menangis berguling guling... Kalau sesiapa yang ada video tu, boleh kongsi tak??
0 Komentar untuk "Rakyat Malaysia Pemerhati Terbaik"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info