Mayat Berbogel Dalam Hotel | Alfatihah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Mayat Berbogel Dalam Hotel | Alfatihah

Mayat Berbogel Dalam Hotel|Alfatihah| Hanya doa dan sedekah kan surah alfatihah kepada arwah... Semoga arwah tenang di sana...

Kota Bharu: Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang mayatnya ditemui dalam bilik sebuah hotel di sini, tengah hari semalam, dipercayai sudah mati beberapa hari sebelum ditemui. Mayat itu ditemui jam 12.30 tengah hari oleh pekerja hotel terbabit yang membuka pintu bilik berkenaan bersama rakan dan abang lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mayat berkenaan dipercayai berada dalam bilik hotel itu beberapa hari sebelum ditemui.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu berasal dari Kota Bharu dan menginap sendirian sejak 28 April lalu.
Ketika ditemui, mayat sudah berbau dipercayai mati beberapa hari lalu. Lelaki itu orang tempatan berasal dari Kota Bharu,” katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
Menurut sumber, mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa tidak membuat bayaran dan gagal dihubungi selepas dua hari menginap di hotel berkenaan.
Katanya, dia menghubungi rakan mangsa yang membuat tempahan bilik terbabit yang kemudian menghubungi abang mangsa dan mencarinya di hotel.
Tidak dapat membuka pintu, pekerja hotel datang membantu sebelum mayat terbabit ditemui,” katanya.
News metro

Related Post

  • Perempuan Tetap PerempuanAmirah baru umur 2 tahun tapi tahap nak berlawa lawa dah cam orang dewasa dah... NgeheheheKekadang kalau tak perhatikan …
  • Pemenang Ujibakat Drama SeludupDiumumkan...!!! Pemenang Ujibakat Drama Seludup.... Jeng... jeng.. jeng... Sebelum ni aku pernah war warkan tentang Ujib…
  • Perginya Kakak SulungkuWaktu zohor tadi, akak aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir... Sejak bulan Januari dia hadapi semuanya dalam k…
  • Antara Kuih Yang Terkenal Di SabahPernah dengar kuih penyaram??? Mungkin bagi orang semenanjung, nama kuih ni memang tak pernah dengar... Tapi bagi orang …
  • Hari Kesepuluh PemergiannyaHari ni genap hari kesepuluh perginya kakak aku... Pada adat keluarga, malam ni ada tahlil untuk arwah... Kebiasaannya b…
1 Komentar untuk "Mayat Berbogel Dalam Hotel | Alfatihah"

Assalammualaikum...PB,

kesian nyer ..mati kena bunuh apa sebab kita tak tahu sebabnya kan. Nauzubillahi minzalik..,

mselim3

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info