Pemenang Ujibakat Drama Seludup

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Pemenang Ujibakat Drama Seludup

Diumumkan...!!! Pemenang Ujibakat Drama Seludup.... Jeng... jeng.. jeng... Sebelum ni aku pernah war warkan tentang Ujibakat Drama Seludup yang tawarkan hadiah sangat lumayan... Rm15,000 menjadi rebutan para peserta, termasuk aku.. Hahaha... 

Bukan je dapat hadiah lumayan RM15,000 tu, pemenang juga diberi peluang untuk berlakon bersama dengan Pelakon Utama Drama Seludup seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.


Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.



Perasaan gembira dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.



Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FaceBook Seludup di SINI

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:   
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-3887147 | Mohd.Nizam@geometry.com         

Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com



3 Komen untuk "Pemenang Ujibakat Drama Seludup"

Tahniah bagi mereka yang berjaya! Ena pun turut tumpang gembira. Nak tumpang dapat duit sekali tak dapat. Hahahahha

singgah sahur jap... ingat papa menang.... hehehe

Tahniah. Hehe..singgah singgah jengok papa irrayyan.com

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info