Bahtera yang gah sekalipun, bila dihempas dek badai yang mengganas di tengah lautan pasti akan bergoyang... Hanya nakhoda yang hebat mampu mengemudi agar bahtera tidak karam di tengah lautan... Pelbagai dugaan yang dihadapi namun kami berjaya harungi...
Perkahwinan tidak semuanya indah tetapi kita lah yang mengindahkan hubungan itu...
Rozaila Abd Latif.. Wanita yang telah menjadi isteriku... Dialah guruku, dialah muridku, dialah doktorku, dia juga pesakitku... Aku memerlukan dia dan dia memerlukanku...
Buruk dan jahatnya dia adalah berpunca dari diriku... Cantik dan sempurnanya dia juga dari diriku...
Hati pernah terdetik, betapa bahagianya mempunyai isteri secantik Siti Nurhaliza, tetapi mampukah dia menjadi hebat seperti isteriku... Yang berani menggadai nyawa demi melahirkan zuriatku...
Aku pejamkan mata, kenangkan kembali saat saat bersamanya...
Ya...!!! Tidak ada seorang wanita pun mampu menggantikan dirinya dalam hidupku... Hidup susah dan senang bersamaku... Tidak pernah mengeluh seandainya aku tidak mampu memberikannya apa apa...
Ya...!!! Dialah isteriku yang tabah..
Ya...!!! Dialah isteriku yang cekal..
Ya...!!! Dialah isteriku yang melahirkan zuriatku...
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku wanita yang menyempurnakan diriku yang serba kekurangan... Alhamdulillah...!!
*** Minta maaf, kita dipisahkan dengan lautan China Selatan... Tahun ni tak dapat sambut bersama sama seperti tahun tahun sebelum ini...!!!
P/s: Dia juga yang ajar aku buat blog... :-) Dia jugalah kamus untuk ku... I Love U...
Kredit gambar: www.lalalatif.blogspot.com
1 Komentar untuk "Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ketiga | Nota Buat Kekasih Hatiku"
Wah.. meleleh air mata .. semoga bahagia hingga ke akhirat.