Aku pon tak tahu kenapa ade juga yang suka dengan Hard ROck Cafe ni?? Yang aku tau ramai yang tergila gilakan Baju Hard Rock Cafe untuk dijadikan simpanan.. Malas lah aku nak cakap.. Ni aku kongsikan berita dari Utusan Online... Satu je aku nak cakap, Putrajaya ni ade banyak hantu dan makhluk halus, jadi kalau boleh janganlah tambahkan lagi pembiakan para hantu dan makhluk halus ni dengan pembukaan Hard Rock Cafe ye... Contohilah Brunei tu haaaa.. Cerita bab agama ni, takde pulak para menteri suruh bandingkan dengan negara luar.... Hemmmm..
RIUH sekejap di Putrajaya apabila Sabtu lalu, Presiden
Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat mengumumkan yang Hard Rock
Cafe akan dibuka di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dalam tempoh tiga
hingga empat bulan lagi.
Bagaikan meletusnya gunung berapi Sinabung di Sumatera
Utara, pelbagai pihak meluahkan bantahan keras terhadap pengumuman tersebut
atas alasan 95 peratus penduduk di Putrajaya beragama Islam dan tidak mahu kesucian
bandar pintar ini dicemari dengan kehadiran kafe hiburan terkemuka itu.
Menerusi laman sosial Facebook, penulis-penulis blog,
orang ramai dan tidak terkecuali kalangan pengamal media sendiri turut menolak
pembukaan cawangan Hard Rock Cafe keempat di Malaysia itu. Rata-rata memberikan
alasan yang hampir sama iaitu Hard Rock Cafe akan menjejaskan imej Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
Dakwa mereka, ini kerana kafe tersebut pastinya
menyediakan minuman keras, pengunjungnya akan mabuk dan semua ini bakal
menjurus ke arah kemaksiatan kerana pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Tidak kurang juga ada yang menyokong kehadiran Hard
Rock Cafe tersebut, dengan alasan ia mampu menjadi daya tarikan terbaharu di
Putrajaya, mampu menjana ekonomi malah pengumpul koleksi produk ini
menyambutnya dengan gembira.
Ada juga memberi cadangan bahawa memadai hanya premis
Hard Rock yang menjual cenderamata seperti kemeja T, koleksi mug dan rantai
kunci dibuka, tanpa perlu membuka kafe.
Terdapat juga cadangan supaya Hard Rock Cafe dibuka di
Cyberjaya kerana lokasi itu menempatkan banyak syarikat antarabangsa dan ramai
warga asing bekerja, belajar dan tinggal di situ. Justeru kesucian Putrajaya
akan terus terpelihara memandangkan dua buah masjid tersohor iaitu Masjid Putra
dan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin terletak di Putrajaya.
Hari ini, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya dan
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan Aseh
selepas menyerahkan memorandum membantah kewujudan Hard Rock Cafe di Menara
Ikhlas, Presint 3.
Prihatin dengan bantahan yang disuarakan oleh pelbagai
pihak, Aseh hari ini mengumumkan bahawa restoran tersebut tidak akan dibuka dan
sekiranya terdapat permohonan daripada pelaburnya, pihak PPj tidak akan
mempertimbangkannya.
Keputusan ini mungkin memberi kelegaan kepada sebilangan
besar pihak yang membantah, namun bagi para penggemar produk Hard Rock Cafe,
keputusan ini dilihat sesuatu yang agak mengecewakan.
Seakan sudah menjadi tradisi apabila ada sahaja rakan
yang melancong ke luar negara, perkara pertama yang selalunya diminta selain
magnet peti sejuk adalah kemeja T Hard Rock Cafe, tidak kiralah kalau rakan itu
melancong ke Beijing, Belgium, Hong Kong, London, Paris, Bangkok, Jakarta dan
sebagainya.
Dalam pertemuan ringkas bersama Aseh di Hotel
Shangri-La, Putrajaya semalam, beliau melahirkan rasa terkejut apabila isu itu
telah dipolitikkan sedangkan belum ada sebarang permohonan diterima oleh pihak
PPj daripada pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.
Belum pun sempat memberikan sebarang penjelasan, Aseh
menerima kecaman hebat dan ramai yang mahu beliau menarik balik cadangan untuk
membenarkan restoran yang sering menyediakan persembahan life band itu
beroperasi.
1 Komentar untuk "ALHAMDULILLAH | Putrajaya Bebas Dari Hard Rock Cafe"
bagus la kalau tak jadi
www.kucinghitam.net