Persoalannya, di zaman yang serba canggih ini masih perlukah kita mendidik anak dengan menggunakan rotan lagi??? Aku tahu, sebilangan daripada kita dididik oleh ibu bapa dengan sebatang rotan dan setiap hambatan itu diselang selikan dengan bait kata kata yang dihamburkan oleh mereka.. Dan setiap kata kata itulah yang akan kita ingat sampai bila bila...
Aku percaya rotan mampu mendidik dan membentuk anak anak kita.. Bak kata seorang penceramah di satu kursus yang pernah aku hadiri berkata, kesemua anak anaknya membesar dengan rotan... Malahan beliau dapat membentuk anaknya sehingga semuanya berjaya..
Ya... Aku akui, walaupon bukan 100%, tapi aku sangat setuju bahawa merotan itu merupakan salah satu cara untuk mendidik anak dan melunturnya... Tapi kena ingat, merotan tu biarlah berpada pada... Jangan tiru aksi merotan dalam penjara tu...
0 Komentar untuk "Panduan Mendidik Anak | Perlukah Merotan Anak"