ALHAMDULILLAH | Putrajaya Bebas Dari Hard Rock Cafe

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

ALHAMDULILLAH | Putrajaya Bebas Dari Hard Rock Cafe

ALHAMDULILLAH | Putrajaya Bebas Dari Hard Rock | Aku sebenarnya teramat amat bersyukur sebab Putrajaya bebas dari Hard Rock Cafe.. Alhamdulillah... Aku tak tahu kenapa pulak ade orang 'atas' ni terpikir nak bukak Hard Rock Cafe... Bukankah Putrajaya ni majoritinya penduduk Islam?? Nak jadikan Putrajaya ni macam Bukit Bintang ke?? Yang sesak dengan orang asing, dedah sana dedah sini...


Aku pon tak tahu kenapa ade juga yang suka dengan Hard ROck Cafe ni?? Yang aku tau ramai yang tergila gilakan Baju Hard Rock Cafe untuk dijadikan simpanan.. Malas lah aku nak cakap.. Ni aku kongsikan berita dari Utusan Online... Satu je aku nak cakap, Putrajaya ni ade banyak hantu dan makhluk halus, jadi kalau boleh janganlah tambahkan lagi pembiakan para hantu dan makhluk halus ni dengan pembukaan Hard Rock Cafe ye... Contohilah Brunei tu haaaa.. Cerita bab agama ni, takde pulak para menteri suruh bandingkan dengan negara luar.... Hemmmm..


RIUH sekejap di Putrajaya apabila Sabtu lalu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat mengumumkan yang Hard Rock Cafe akan dibuka di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi.

Bagaikan meletusnya gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, pelbagai pihak meluahkan bantahan keras terhadap pengumuman tersebut atas alasan 95 peratus penduduk di Putrajaya beragama Islam dan tidak mahu kesucian bandar pintar ini dicemari dengan kehadiran kafe hiburan terkemuka itu.

Menerusi laman sosial Facebook, penulis-penulis blog, orang ramai dan tidak terkecuali kalangan pengamal media sendiri turut menolak pembukaan cawangan Hard Rock Cafe keempat di Malaysia itu. Rata-rata memberikan alasan yang hampir sama iaitu Hard Rock Cafe akan menjejaskan imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Dakwa mereka, ini kerana kafe tersebut pastinya menyediakan minuman keras, pengunjungnya akan mabuk dan semua ini bakal menjurus ke arah kemaksiatan kerana pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Tidak kurang juga ada yang menyokong kehadiran Hard Rock Cafe tersebut, dengan alasan ia mampu menjadi daya tarikan terbaharu di Putrajaya, mampu menjana ekonomi malah pengumpul koleksi produk ini menyambutnya dengan gembira.

Ada juga memberi cadangan bahawa memadai hanya premis Hard Rock yang menjual cenderamata seperti kemeja T, koleksi mug dan rantai kunci dibuka, tanpa perlu membuka kafe.

Terdapat juga cadangan supaya Hard Rock Cafe dibuka di Cyberjaya kerana lokasi itu menempatkan banyak syarikat antarabangsa dan ramai warga asing bekerja, belajar dan tinggal di situ. Justeru kesucian Putrajaya akan terus terpelihara memandangkan dua buah masjid tersohor iaitu Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin terletak di Putrajaya.

Hari ini, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan Aseh selepas menyerahkan memorandum membantah kewujudan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3.

Prihatin dengan bantahan yang disuarakan oleh pelbagai pihak, Aseh hari ini mengumumkan bahawa restoran tersebut tidak akan dibuka dan sekiranya terdapat permohonan daripada pelaburnya, pihak PPj tidak akan mempertimbangkannya.

Keputusan ini mungkin memberi kelegaan kepada sebilangan besar pihak yang membantah, namun bagi para penggemar produk Hard Rock Cafe, keputusan ini dilihat sesuatu yang agak mengecewakan.

Seakan sudah menjadi tradisi apabila ada sahaja rakan yang melancong ke luar negara, perkara pertama yang selalunya diminta selain magnet peti sejuk adalah kemeja T Hard Rock Cafe, tidak kiralah kalau rakan itu melancong ke Beijing, Belgium, Hong Kong, London, Paris, Bangkok, Jakarta dan sebagainya.

Dalam pertemuan ringkas bersama Aseh di Hotel Shangri-La, Putrajaya semalam, beliau melahirkan rasa terkejut apabila isu itu telah dipolitikkan sedangkan belum ada sebarang permohonan diterima oleh pihak PPj daripada pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Belum pun sempat memberikan sebarang penjelasan, Aseh menerima kecaman hebat dan ramai yang mahu beliau menarik balik cadangan untuk membenarkan restoran yang sering menyediakan persembahan life band itu beroperasi.

Baca selanjutnya di Utusan Online... Klik Sini



1 Komentar untuk "ALHAMDULILLAH | Putrajaya Bebas Dari Hard Rock Cafe"

bagus la kalau tak jadi
www.kucinghitam.net

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info