Punca Gejala Sosial Meningkat

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Punca Gejala Sosial Meningkat

Huuu.. Aku rasa entri ni seakan akan jawapan untuk exam STPM pulak... Mana taknya tetiba membincangkan pasal Punca Gejala Sosial Meningkat... Hahahaha... Masa form 6 dulu, soalan ni memang feveret aku... Sebab aku boleh pandang sekeliling sebab ape gejala ni mampu menular di sekeliling kita...

Kalau kita fikirkan dari mana punca semua ni berlaku, hanya satu jawapan yang tepat iaitu IMAN... Tanpa iman hancur segala galanya... Tapi apa kaitan Iman dengan kenaikan harga minyak???

Bila harga minyak meningkat walaupon hanya 2 kupang, jangan lupa barang keperluan yang lain turut meningkat sebab penghantaran barang barang ke pasar menggunakan minyak... Kos sara hidup sudah tentu meningkat...

Sedangkan kita yang bekerja dan berpendapatan tetap pon tetap tak mampu nak hidup selesa apatah lagi dengan mereka yang duduk di kampung...

"Hek eleh.. Kat kampung berapa kerap sangat diorang gunakan kereta.. Bukan diorang hari hari pegi bandar"

Mungkin mak bapak dia kat kampung tu beli barang kat pasar sebulan sekali... Macam mana pulak dengan orang kampung yang kais pagi makan pagi... Yang mana pendapatan arini digunakan untuk membeli barang keperluan pada aritu juga...

"Kalau dah tahu harga barang meningkat, carilah sumber pendapatan yang lain... Rajin dan malas je"

Kena ingat, nelayan kat kampung tu bukan semua ada pendidikan... Hidup dia hanya mampu untuk pergi mencari ikan dari pagi sampai ke petang... Ade hasil, adalah duit nak beli beras... Kalau takde camne??

Kefakiran adalah ujian yang paling susah untuk kita tempuh sehinggakan Nabi berpesan dalam hadithnya,
"KeFAKIRan boleh menjuruskan diri kepada KeKUFURan"

Bayangkan orang fakir tu, bila disuruh menjadi kafir dan diberikan ribuan ringgit, apakah imannya akan teguh?? Ataupon disuruh menjual tubuh, apakah dia akan menolak sedangkan dia dah berapa hari tak makan...

Dalam hal ni siapa yang patut dipersalahkan???

Apakah kerajaan bersalah sebab menaikan harga minyak??? (jangan bandingkan negara lain yang dah tentu maju)

Apakah salah kita sendiri sebab dari awal dulu tak belajar rajin rajin agar mendapat kerja yang lebih baik dan pendapatan yang beratus ribu???

Fikir fikirkan... Luaskan pemikiran dan jangan menilai orang lain  dengan keadaan anda yang dari kecil hidup selesa...


2 Komen untuk "Punca Gejala Sosial Meningkat"

Dpd iman terus ke minyak ni PB hehe...

pokok pangkal nya diri sndiri...

kalau nak kata harga brg naik, sbb minyak naik..xleh nak pikir, harga nelayan jual ikan pun akan naik..pendapatan pun akan naik...sama je.. gaji nak naik..tp brg xleh naik..sistem ekonomi mana yg diguna pakai tu..?

lagi satu..knp bising harga minyak naik..?sbb takut xcukup duit..?tuduh org sana sini bodoh...xkesian kan rakyat...tp..cuba pikir balik..apa sbb xcukup duit..?sbb buat loan beratus ribu..sbb apa..?sbb nak join mlm..nak cepat kaya..xnak pulak kata diri sndiri yg bodoh..????buat loan sbb nak byr hutang itu ini..knp x uruskan kewangan dgn baik sbelum ni..?????

skrg ni, yg byk sgt bising pasal minyak naik adalah org2 yg dah selesa ngn hidup...tak leh terima bila susah sikit...merungut itu ini..guna nama org susah...kononnya kesiankan diaorg..tp...sy xde dgr pun lagi org susah yg merungut..sbb apa..????sbb diaorg pandai nak urus duit..walaupun kais pagi makan pagi..tp kalau org susah yg suka main judi contohnya,perlu ke kita kesiankan org mcm tu...???sdgkan jelas yg bersalah adalah org itu sndiri..salah minyak yg naik jugak ke...???

jgn menilai kehidupan selesa org lain...kaji mcm mana org itu boleh hidup selesa...dgn gaji yg hanya seciput...jgn nak kata org tu gaji byak..anak sikit, so boleh hidup selesa..yakin ke gaji org tu byk..???pikir semula...knpa, bila anak2 dah besar pun,dah bekerja..dah ada duit sndiri...tp, masih ada mak bapak yg kat kampung, masih hidup susah...masih xcukup makan...pikir semula...

jgn ingat, kerajaan saja2 nak naikkan harga minyak...ada ke org yg nak dirinya dibenci..dicaci semua org..?????pikir...pikir semula...dah berkali sy ckp...kita xtau apa yg mereka tau...jgn semudah itu nak salahkan mereka...

Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)

Please think twice before u talk...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info