Polis!!! Polis!!! Polis!!!

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Polis!!! Polis!!! Polis!!!





Polis!!!!!!!!! Polis!!!!!!!!!!! Polis!!!!!!!!!!! Nenong !!!!!!!!!! Nenong!!!!!!!!!!! Nenong!!!!!!!!!
Apa report sama polis, report sama Tok Kadi la...

Itu semua adalah dialog dari kartun kegeraman aku masa kecik kecik dulu.. Dan sampai sekarang aku masih mengekalkan identiti sebagai seorang yang Keluangman... hehehe
Dalam facebook aku pon, orang cuma kenal Keluangman.. Bila satu masa dulu aku tukar nama pegi nama sebenar aku, semua tak kenal.. Maknanya Keluangman tetap dihati diorang la kan... hahaha
Sabar... Aku tau aku salah tulis.. Bukan kegeraman tapi kegemaran.. hahaha

Ok.. Ni aku nak kongsi pendapat aku mengenai Polis Diraja Malaysia.. Yup... Aku tahu ramai juga yang tak suka dengan polis dan ramai juga yang suka dengan polis.. Aku tau.. Sebab aku dulu pon polis.. Tapi bukan beruniform la, just jadi polis sentri.. Best woo tangkap penjahat masa kecil dulu..

Dan aku juga ada ramai kawan yang jadi polis.. Tapi aku sendiri pernah dengar, kawan aku punya kawan yang mana dia pon polis juga bagitahu Polis ni Raja Di Malaysia... Opsss!!! Tu dia yang cakap.. Jangan tanya aku apa apa mengenai kenyataan tu.. Memang aku tak tahu.. Hehehe

Tapi yang membuat aku sangat suka dengan polis adalah, kecekapan diorang tu.. Sama macam motto diorang la kan.. Sebab ape aku cakap macam tu?? Cuba baca kat Metro.. Semalam kan cerita pasal seorang DJ tu hampir kena bakar.. Hari ni dah kena tangkap semua.. Kan cekap tu.. Nak link ke??
Lima Lelaki Kena Tangkap...

Mana mana kes polis yang melibatkan kes jenayah yang besar, mesti kejap je diorang dapat.. Sekali lagi aku cakap, diorang memang cekap... Solute!!!!!!!!!!!!!!

Teruskan berbakti kepada negara wahai abang abang polis dan kakak kakak polis semua... Khidmat anda memang diperlukan untuk menjaga keamaan polis... Yang buruk tu, itu semua antara dia dengan Allah.. Pasal duit haram tu, jangan cakap kat aku.. Sebab diorang dah boleh fikir dah pon.. Bagi anak bini makan kan.. So fikir fikir lah.. Aku ajak pandang polis dengan kebaikan dulu..
1 Komentar untuk "Polis!!! Polis!!! Polis!!!"

kita sbg rakyat.. memang perlu hargai jasa polis.
tidak semua polis tu teruk..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info