Hemmm.. Betapa kuatnya semangat dia nak pegi haji dengan berjalan kaki pulak tu... Aku memang tabik spring kat dia la... Kalau kita ni, nak jalan kaki pon malas.. Sampaikan ada kempen pulak untuk berjalan 10,000 langkah untuk sehari... Sampai macam tu sekali rakyat Malaysia ni tak nak berjalan..
Korang bayangkanlah, dia jalan kaki dari Bosnia sampai Mekah... Bukan dekat weh... Bukan 10KM tapi 5,700 KM.. Bukan sehari dua dia berjalan kaki tapi hampir setahun...
Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu.
Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,”
kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Jangankan ke Mekah, nak ke masjid pon naik kereta.. Padahal masjid tu seberang jalan je... Aku tak cakap pasal sape sape, tapi untuk mengutuk diri sendiri yang malas nak jalan kaki.. Hahahaha..
Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.
Amacam?? Pasni ade semangat tak nak jalan kaki?? Untuk kesihatan juga.. Kalau dapat jalan kaki ke masjid, tu satu advance la kan.. Setiap langkah tu Allah kira pahala..
4 Komen untuk "Pergi Haji Dengan Berjalan Kaki"
alhamdulillah.. :)
Terima kasih di atas perkongsian info.. Tak sangka betul ada orang boleh pergi haji dengan berjalan kaki..
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..
Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar
soalan papa blogger : jap.. jap.. kurang aktif tu macam mana erk?? maksudnya dalam tempoh tugasan tu peserta tak buat entry ke???
jawapan saya : ya, memang betul. mereka bertiga tiada entri yang dipostkan dalam tempoh 21/10/12 hingga 23/10/12 untuk dipilih ke dalam carta mingguan episod 10 nanti.
saya kagum dengan dia ni..
huhu..