Balan Balan & Hantu Penanggal... 18PL

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Balan Balan & Hantu Penanggal... 18PL

Ambil dari google

Lama tak berkongsi cerita seram... Hari ni aku nak cerita seram lagi lepas ade sorang member aku suruh buat cerita seram.. Hemmm.. Aku sebenarnya suka sangat dengar cerita mistik ni... Banyak sebabnya aku nak dengar.. Salah satunya untuk aku persediaan aku bila ahli keluarga aku di kacau.. Ilmu takde lah tinggi sangat, just nak halang benda benda yang tak diingini berlaku dalam keluarga aku je...

Tambahan lagi, bila dengar cerita mistik ni, satu je kuasa yang tak dapat dikalahkan iaitu kuasa Allah Azza Wajalla.. So, bila dengar sorang ustaz berlawan dengan benda halus, dapat menambahkan keimanan kita... Betul tak??? Tapi bila aku cakap kat member aku yang aku suka kat cerita mistik ni, dia siap doakan aku supaya satu hari nanti keluarga aku kena kacau.. Hemmm... Ape punya member ar...

Ok.. Cerita kali adalah berkaitan hantu Balan Balan... Kalau kat kampung aku, hantu ni dikenali sebagai Balan Balan.. Itu panggilan maut sebenarnya.. Kalau nak panggilan yang halus, B kuasa dua... Kelakar kan bunyinya.. Tapi ramai yang tahu dengan panggilan Hantu Penanggal...

Sebelum tu, aku nak bagitahu, cerita ni akan aku tokok tambah sikit sebab nak menyedapkan cerita, tapi jalan cerita adalah benar.. Ini adalah cerita dari emak aku sendiri, yang disahihkan oleh orang ramai yang tengok sendiri kejadian ni berlaku..

Mesti korang tertanya tanya kenapa sebut Balan Balan adalah panggilan maut kan.. Sebenarnya, kalau tempat aku, bila sebut Balan Balan ni, si pengamal ilmu ni akan dengar dia dipanggil dan kemudian akan datang ke tempat korang..

Asal usul Balan Balan atau pon Penanggal ni sebenarnya bermula dari satu pulau kat Filipina.. Kesahihan aku tak berapa pasti.. Orang dulu dulu menuntut ilmu ni bukan sebab nak jadi hantu ke ape tapi untuk memudahkan pergerakan diorang dari satu tempat ke satu tempat dalam masa yang singkat.. Umpamanya perjalanan yang mengambil masa setengah hari boleh disingkatkan tak sampai 5 minit..

Pada mulanya, ilmu ni belum disalah guna lagi.. Sehinggalah pada satu ketika tu, orang yang nak menuntuk tu nak lagi power, so dia kena buat perjanjian setan la kan... Nak test power, dia kena makan jantung dan mesti 'korek' jantung melalui bontot... Pada permulaan nak test power tu, kena try dengan binatang dulu..

Kampung Palak, adalah kampung yang terpencil pada zaman 70 an - 90 an ( sekarang dah maju sikit ) yang terletak di Pulau Banggi.. Bapa aku dihantar posting ke tempat tu sebagai Guru Besar di sekolah tu... Guru Besar adalah sangat dihormati melebihi hormatnya orang kampung terhadap Ketua Kampung... Segala masalah penduduk kampung akan dibincangkan dan minta pandangan dari Guru Besar...

Bapa aku sebagai seorang Guru Besar masa tu rasa pelik.. Setiap kali mesyuarat PIBG, isu kematian haiwan ternakan tak pernah habis.. Bapa aku cakap, itulah kali pertama mesyuarat guru ditimbulkan isu pasal Hantu Penanggal... Macam macam dah diorang buat, jumpa bomoh, ustaz, baca yasin, tapi usaha tu tetap tak berhasil..

Sehinggakan kematian haiwan ternakan dah menjadi isu yang basi bagi orang kampung kat situ.. Tapi lama kelamaan, isu Hantu Penanggal ni kembali hangat selepas kematian seorang lelaki...

Lelaki tu adalah keluarga aku sendiri... Seorang alim dan kuat beragama.. Tapi takdir dah menentukan kematian dia dengan cara macam tu... Nak tahu siapa lelaki tu???

Next time aku sambung citer.. Aku nak balik kampung wife aku ni... Hehehehe...



6 Komen untuk "Balan Balan & Hantu Penanggal... 18PL"

akasia akasia akasia..yehaaa.. semangat dah

Bro..dekat tempat marble pun banyak jugak kes penanggal tu.Skrg pun still ada lagi.Ada yg kata boleh amik ilmu tu dekat mekah mcm beli toyol.yeke?
-_-''

adeih..
bila lagi nak sambung ni??
baru je nak feeling...
ish...

deno pernah tengok citer hantu penanggal di astrp ria lakonan amy mastura jd hantu penanggal... memang seram... nasib baik ada abah tengok sekali.. hehe

celaka.penanggal x guna.ayam betul pengacau punya penanggal.

celaka punya kepala.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info