Cerita ni adalah 100% real dan memang aku yang alaminya.. Mesti ada yang cakap nanti, cerita hantu yang sebelum ni pon tak habis lagi, ada hati nak buat cerita lagi... huhuhu relaks, cerita tu aku akan sambung nanti... sabar.. Cerita mistik selanjutnya, aku akan siarkan pada setiap malam jumaat macam sekarang ni.. baru rare.. hahaha
Ok.. Macam ni ceritanya.. Tahun 2009 aku balik ke Sabah untuk selesaikan urusan pembelian tanah kat kampung.. Dan satu hari tu, bapa aku ajak tengok batu sempadan kat tanah tu.. Bila aku jejak je, aku perhatikan sebatang pokok ni, terdapat rambut yang tersangkut.. Ya.. memang rambut pon.. Dan agak mustahil kalau ada orang yang meletakkan rambut dia kat tanah tu sebab tanah tu dah terbiar hampir beberapa tahun lamanya..
Untuk keselamatan aku, aku pon pagarkan kawasan tanah aku tu dengan ayat kursi.. Bila dah berpuas hati, aku pon balik ke rumah dengan bapa aku... Tiba tiba malam tu, masa makan, nafas aku tersekat.. Seolah olah nafas aku tak dapat nak tarik sedalam dalamnya...
Tapi yang menjadi kebingungan ku, nafas aku sesak tapi yang sakit sangat kat bahu kiri aku... Tarik nafas je, nafas sesak dan sakit lagi kat bahu... Malam tu juga aku dikejarkan ke hospital... Hospital cuma bagi ubat Paracetamol je.. Hermm.. biasa la...
Aku rasa mungkin aku akan mati juga malam tu.. Nafas sesak sangat masa tu.. Macam nak terputus nyawa dah.. Aku tak tahan sangat, dan ubat yang hospital pon aku yakin tak mampu untuk memberi kelegaan kepada aku.. Dan akhirnya aku cuba pula klinik swasta.. Situasinya juga sama.. Bayar mahal mahal, tapi tak berubah keadaan aku masa tu...
Akhirnya aku minta pertolongan member aku, Mus untuk rawat aku dari jauh.. Dia kat KL masa tu dan aku kat Kudat.. Member aku ni ade ilmu sikit jika dibandingkan dengan aku.. Ilmu tu semua kita boleh buat cuma nak amalkan payah sikit... Aku telefon dia selepas maghrib, dan dia minta aku tunggu sekejap sementara dia merawat aku...
Selepas solat isyak, dia telefon aku semula.. Dia minta aku ceritakan kemana dan apa yang aku buat masa kat Sabah.. Aku pon cerita semuanya tanpa berselindung..
"Bodoh,yang ko pagar tempat dia kenapa?? Itu tempat dia, kalau rumah ko orang lain pagar, ko nak ke sampai ko sendiri tak boleh nak keluar??" Itulah yang dia cakap kat aku lepas aku cerita..
Dia cakap lagi, ada perempuan tua yang berambut panjang tengah bertenggek kat bahu kiri aku.. Aku rasa nak menjerit je masa tu.. Hahaha..
Moral of the story, jangan memandai kalau tak pandai dan jangan gunakan ilmu agama tanpa bertanya kepada orang yang sangat arif dalam hal ni..

2 Komen untuk "Hantu Bertenggek Dibahu"
Seram boh...kalu ade gmbr lagi real..
hebat gak kwn ko mengubat orang, last2 hantu tu hilang camne?