Kronologi Kelahiran Amirah Part 5

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kronologi Kelahiran Amirah Part 5

Ok.. Cerita ni adalah sambungan daripada cerita aku sebelum ini. Cerita ini adalah untuk berkongsi pengalaman kepada yang bakal menerima baby dan kepada sesiapa yang seangkatan dengannya... Sesiapa yang belum membaca dan tidak mengikuti cerita sebelum ni boleh la klik Part 1 , Part 2 , Part 3 dan Part 4


...............................................


Bila dah kecoh kecoh macam tu, aku pon minta izin untuk tinggalkan wife aku sebentar semata mata nak tengok ape benda yang kecoh sangat masa tu... Dalam sibuk temankan wife kat labour room pon aku masih boleh menyibukkan diri untuk tengok benda yang kecoh sangat lak tu... Ape lah aku ni kan... hehehe


Bila aku keluar dari labour room tu, aku ternampak beberapa orang nurse berlari ambil kain untuk bungkus baby tu.. Dia bawa lari ke pintu depan.. Rupa rupanya, diorang tengah sibuk selamatkan seorang baby yang 'ter'bersalin dalam kereta...


Aku pon tanya tanya la nurse yang praktikal tu, ye lah kan,, alang alang dah menyibuk tu, baik terus tanya je ape benda yang kecoh sangat tu.. Ceritanya macam ni, si isteri tu masa kat rumah tu memang dah sakit perut nak bersalin.. Tapi si suami lengah lengahkan sikit.. Kononnya nak pegi solat dulu...

Aku tak tahu lah betul atau tidak si suami tu solat.. Dalam perjalanan untuk pergi ke hospital, si isteri tu dah rasa macam tak sakit perut dah.. Bila si isteri tu tengok, rupanya baby dah keluar tanpa sebarang bantuan ataupon orang yang menyambut budak tu...

Si isteri dengan si suami langsung tak nak berenti sebab memang takut nak tengok budak tu... Takut takut anak diorang tu dah meninggal ke ape kan... Sampai macam tu sekali mudah nye makcik tu bersalin kan.. Rupanya makcik tu tengah nak beranakkan anak yang ke 6... hahaha patut lah senang sangat nak beranak... hahaha


1 Komentar untuk "Kronologi Kelahiran Amirah Part 5"

kalau kelahiran pertama orang kata memang makan masa skit..kalau dah 2-3 orang, jgn lengah2kan.. sampai lahir sndiri baby tu..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info