Cerita ini adalah kesinambungan dari cerita sebelum ni... Cerita ini adalah pengalaman penulis sendiri, tiada unsur
penipuan mahupon ditokok tambah... Pandangan korang dan pengalaman
korang boleh dikongsi dengan aku, maybe aku boleh siarkan dalam blog aku
ni... hehehe Nak baca sila klik kat Part 1 dan Part 2
......................................................
Aku teruskan bacaan yasin dengan suara yang kuat.. Biasa lah nak hilangkan perasaan takut tu kena lah baca kuat sikit.. Mana lah tahu benda tu tahu yang aku ni jenis yang takut kan.. Hahahaha
Tengah baca yasin tu, aku terasa telinga aku macam panas semacam je.. Pelik juga aku kan, sebab tiba tiba je terasa panas.. Sebelah kiri pula tu... hermmm.. Aku tengok member aku sorang lagi ni, Pali nama samarannya, pon terasa panas sebelah kiri.. Tapi aku tengok dia lagi teruk sebab tengkuk dia pon terasa panas...
Aku tengok Mus, kononnya nak mengadu.. Adohai, nak bermanja la brader... Gua takut sangat benda halus ni.. hahaha
Mus pandang aku, sambil tu dia pulak urut tengkuk Pali.. Dia tengok telinga aku dah merah padam sebelah kiri tapi kanan takde pulak kan... Bila dah habis baca yasin tu, dia bisik kat aku..
" Korang tahu tak sebab ape telinga ngan tengkuk korang tu rasa panas??" Mus tanya kat kitorang..
Aku dengan pantas menggeleng kepala nak tahu secepat mungkin punca semua ni berlaku kan..
" Aku tengok tadi, ada benda halus tu jentik telinga korang... Dia nak ganggu korang supaya korang berenti membaca yasin"... Mus bagitahu kat kitorang...
Aku lupa nak bagitahu yang Mus ni memang boleh tengok benda benda halus yang kita tak boleh nampak melainkan kita ada ilmu yang tinggi.. Huhuhuhu
Ape perasaan korang bila tahu yang benda tu boleh kacau korang tengah baca yasin?? Perasaan aku masa tu memang kecut giler.. Baru aku tahu apa maksudnya kecut perut... Aku rasa nafas aku memang betul betul tersekat...
Terasa macam diperhatikan je dari luar... Saat tum nak menangis pon aku rasa macam tak berguna.. Tiba tiba, seorang perempuan warganegara Thailand tu menangis je.. Belum sempat kitorang nak tengok dia, rupanya seorang budak dari India pulak yang menangis.. Pergghhh... Aku dah lah penakut, boleh pula main rasuk rasuk benda halus tu...
Bersambung..........
(Macam cerita bersiri kat tv 3 la pulak kan),,,
Hantu Ade Anak?? Part 3
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
-
Disini aku nak mengumumkan bahawa blog aku akan bercuti... Tak tahu sampai bila... Komputer kat rumah dengan yang kat opis rosak diserang vi...
-
Dyana Sofya | Saya Bukan Pengkhianat| Ahli Politik dari Parti DAP, Dyana Sofya Mohd Daud adalah ahli politik yang bakal bertanding di Parlim...
-
Huuuu..!! Ayat orang yang terpengaruh dengan komik... Memang dah bosan tahap dewa dah ni... Kiri kanan dinding.. Belakang tempat duduk aku h...
-
Sejak pukul 2 tadi aku tinggal berdua je dengan Amirah memandangkan wife aku ade projek dengan member opis dia untuk buat durian crepe.. N...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


4 Komen untuk "Hantu Ade Anak?? Part 3"
slot akasia dah neh. akasia di blog. hahaha
tapi sumpah seram..isshhh. tapi nasib baik awak jenis tak boleh nak nampak benda halus. agaknya kalau masa baca then boleh nampak, jangan kata langkah seribu, rasanya kaki pun hilang sebab tak cukup tanah lari..heee
Tau takpe... Huuhuh sya nk tulis pon takut tau... Hahaha
akasia di blog. waaaaa..... hihihi
memang betul2 akasia pun.kes tu tak sampai klimaks dah bersambung.hahaha