..................
![]() |
| Gambar Hiasan |
Petang sabtu haritu, kitorang buat satu aktiviti Flying Fox. Kawasan Flying Fox tu ada sungai dan hutan. Starting Flying Fox tu di kawasan kem dan endingnya di hutan paya bakau dan mesti menyeberangi sungai.
Aku dah lah jenis gayat dengan tinggi, pastu suruh aku yang first. Hemmm... Aku pon buat buat la sakit perut, ingatkan tak kena la.. Rupanya semua wajib buat aktiviti tu.. Huhuhu... Aku punya gigil, hilang kemachoan aku.. Adoiyai, perempuan pula bantai gelakkan aku..
Bila dah selesai, sekali lagi kem tu gempar bila seorang perempuan yang berbadan besar tiba tiba menjerit dan pengsan. Masa tu juga aktiviti dibatalkan. Dalam hati aku, kenapa tak pengsan sebelum aku buat. Kan senang, tak payah nak buat Flying Fox tu...
Bila nak angkat budak perempuan tu, errr!!! korang pon tau la tu camner nak angkat budak tu kan... Ustaz datang dan membaca ayat dalam air untuk direnjiskan kat muka budak perempuan tu. Alhamdulillah, budak perempuan tu pulih juga akhirnya.
Biasalah, bila orang kena histeria ni, soalan pertama yang akan diajukan ialah:
" benda apa yang ko nampak tadi"
Perempuan tu pon cakap camni.. " Aku nampak kat sungai tu, ada seekor ikan yang muka macam manusia, muka perempuan. Muka perempuan tu sebelah cantik dan sebelah buruk."
Mak aih, dia boleh menjelma dalam bentuk pelbagai ke benda tu??? Suraya pula, tidak dibenarkan sesekali buat sebarang aktiviti sebab takut dia menjadi agresif semula. Dan pihak kem telah berbincang untuk mengecualikan budak Suraya dari menjadi pelatih PLKN lagi.. Mak bapak dia yang aku kesian, terpaksa datang dari tempat yang jauh semata mata untuk mengambil anaknya..
Dah la orang susah kan, ayah Suraya ni cuma bekerja di kedai perabot rotan. Sedih pula aku tengok Suraya tu... Semua adalah angkara SHAH!!!!
Bagi memberi pengajaran kepada Shah ni, jurulatih telah berbincang untuk kenakan dia. Bagi insaf sikit supaya jangan main benda benda tahyul yang boleh menyebabkan kesusahan terhadap orang lain...
Bersambung.......... Petang karang aku cerita macam mana jurulatih buat untuk pengajaran kat dia sampai dia menangis.. hahahaha
Nantikan Episod Terakhir Petang Ni!!!!



7 Komen untuk "Spirit Of The Coin Part 5"
Terima kasih sebab sudi sertai game B3:BR. Game ni kena ada 16 peserta. Anda adalah peserta pertama yang menyertainya. Kena tunggu 15 peserta lagi sebelum game ini bermula. Aku akan selalu mengunjungi blog ini untuk umumkan perkara selanjutnya. Apapun nanti bagitahu nickname apa yang nak digunakan nanti dalam game ini.. sebagai contoh Amir Ameng / Amir / Ameng / Amengs88 :)
macam mengikuti drama bersiri dah neh.. beza dia drama bersiri hari2..hahaha..terbaik!
hahahaha.. sila tggu erk... skrip tu dalam pembuatan... nanti baru boleh cari pelakonnya... watak suraya tu dah nampak sape yang boleh lakonkn... hehehe
benda2 ni pernah jugalah... haaaa tgk kawan2 main.... budak cina selalunya.
Papa Blogger... Boleh2x. Nickname anda disahkan. Terima kasih atas maklum balas anda. Apa yang akan berlaku nanti akan diberitahu kemudian :)
hantu tu pernah keluar ke???
terima kasi...