Ini adalah kesinambungan cerita sebelum ni... Pada sesiapa yang tak baca dan mengikuti cerita seram ni, boleh la klik kat Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5
Ini adalah cerita terakhir seperti yang aku cakap. Segala cerita ini adalah benar berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang telah diolah dalam bentuk tulisan.
.................
Setelah berbincang antara semua jurulatih, mereka bercadang nak kenakan Shah dengan geng geng dia ni berserta orang lain bagi pengajaran untuk semua pelatih agar jangan lakukan sepertimana Shah ni buat..
Pada malam jumaat tu, minggu terakhir kami di kem PLKN, dan selepas makan malam, semua pelatih lelaki dan perempuan diminta berkumpul di tepi sungai. Tepi sungai tu ada satu jambatan yang berhadapan dengan hutan paya bakau dengan keadaan yang sangat sangat menyeramkan.. Dengan hanya bergantung kepada cahaya bulan menambahkan lagi keseraman pada malam tu.. Malam jumaat beb... Malam yang selalu kita dengar cerita mistik dan menakutkan...
Cikgu Amin, adalah seorang bekas komando yang pernah bertugas di Somalia pada zaman dulu, memberi arahan supaya dijarakkan antara lelaki dan juga perempuan.. Kitorang pon bergerak lah macam yang diarahkan. Lepas tu, sekali lagi cikgu Amin arahkan untuk kumpulan lelaki dan perempuan tu dipisahkan antara orang yang berani dan orang yang penakut... hehehe.. Aku??? sebagai hero dalam cerita ni, aku kenalah masuk kumpulan yang berani... Shah pula nak masuk kumpulan yang penakut... Tapi disebabkan aktiviti malam ni dibuat khas untuk dia, so cikgu Amin paksa dia join aktiviti ni..
Kitorang duduk di atas jambatan sambil berpegangan tangan antara lelaki sahaja.. Perempuan pegang tangan perempuan la.. Apedah, tu pon nak bagitahu ke?? hehehe
Seram woo.. Keadaan sunyi sepi, bunyi unggas dengan cengkerik je yang berbunyi masa tu.. Cikgu Amin minta semua yang terlibat untuk menghulurkan tangan ke depan.. Aku pon pelik, aktiviti ape pula ni.. Ade mulut mulut yang kononnya berani, tanya kat cikgu tu. Dan cikgu tu cakap, ini adalah satu upacara memanggil hantu yang telah bermaharajalela dalam kem tu. Yang kelakarnya, Shah duduk sebelah aku, dah menangis..
Lepas tu, cikgu Amin melarang keras kat kitorang supaya jangan sesekali bercakap, menangis mahupun membaca ayat kursi... Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kononnya... Tiba tiba kitorang semua terdengar bunyi...
"Dushhhh"... Bunyi percikan yang kuat kat sungai tu.
Lagi menggigil badan.. Lepas tu, cikgu Amin cakap dengan suara yang perlahan,
"Syyyhhh benda tu dah muncul.. Ingat, jangan sesekali korang baca ayat suci Al- Quran.."
Terdetik dalam hati yang aku cukup menyesal masuk kumpulan orang yang berani... huhuhu seram wooo.. Kemudian cikgu Amin letak kat tangan kanan kitorang semua dengan hirisan limau.. Tangan kiri pula hirisan bawang putih.. Kemudian ada satu benda yang macam butiran pasir diletakkan sebelah kanan..
" Dengan benda yang aku letak kat tangan korang semua tu, korang sapukan ke muka masing masing tanpa sebarang bunyi.. Dan jangan buka mata selagi cikgu tak suruh"..
Kitorang semua buat macam yang dia suruh. Dan Shah pula, lutut dah menggigil sebab lutut kitorang semua memang berlaga.. hehehe..
Pastu cikgu Amin minta kitorang bangun dan berjalan ke tempat yang dia bawa. Dengaan keadaan yang gelap gelita, jalan mestilah tergagapkan... Lepas tu kitorang semua dikumpulkan di dewan makan masa tu. Bila dia suru buka mata, aku tengok kitorang dah dikelilingi dengan ramai orang. Pastu semua bantai gelak. Aku menjadi pelik. Rupanya yang cikgu Amin suruh sapu kat muka tu adalah ARANG dengan KAPUR... Yang bau bawang putih dengan limau tu, dia just bagi lalu je kat hidung...hahahaha
Orang pertama sekali yang aku nak tengok adalah SHAH... Dia menangis teresak esak sebab malu dan takut... Hahahaha... Cikgu Amin pesan, jangan sesekali main Game Spirit tu lagi sebab boleh menyebabkan jatuh syirik dan juga boleh menyusahkan orang lain.. Dan Suraya tu, sampai sekarang aku tak tahu kat mana dia sekarang...Kesian dia menjadi mangsa kan..
Dah TAMAT dah cerita dari pengalaman aku sendiri.. hehehe Next Time aku cerita lagi pengalaman aku menemani ustaz dalam memulihkan orang yang kena histeria... byeee
Spirit Of The Coin Final
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Related Post
Buang Anak Di LautTengok tv 3 tadi, sekali lagi aku menangis... Mana taknya, budak kecil yang baru dilahirkan dibuang di laut.. Luluh hati…
Kesian Pakcik Ni Kesian giler aku tengok pakcik ni kerja... Bahaya wooo tugas dia ni... Dia bekerja sebagai seorang pen'service' airc…
Kisah Benar | Hinakah Mat RempitKisah Benar | Hinakah Mat Rempit| Cerita ni membuatkan aku insaf seketika... Walaupon ramai yang melabelkan mat rem…
Ibu Bernilai Tinggi Hingga Boleh Digadai Betapa bernilainya seorang ibu sampai boleh digadai untuk membayar hutang... Dan betapa kejamnya seorang anak sanggup…
Spirit Of The Coin FinalIni adalah kesinambungan cerita sebelum ni... Pada sesiapa yang tak baca dan mengikuti cerita seram ni, boleh la klik ka…
Entri Masih Panas
-
[Video] David Teo Ditampar Depan Perdana Menteri Video yang berdurasi 2.53 saat memaparkan situasi dimana David Teo yang sedang berdisku...
-
Asal je nama kursus, mesti sinonim dengan gula gula... Kecuali kursus kahwin... Salah satu punca kita diberi gula gula adalah untuk mengelak...
-
Harini langsung xde mood nak update... Tapi akhirnya aku update juga... Bukan ape, aku pon tak tau ape benda yang aku makan semalam sampai a...
-
Yezzzzaaa... Segmen dari Ben Ashaari... Sape tak join, rugi... Tersangat lah rugi... Hahaha... Ni ayat pembukaan ye, jangan kire lak Bro Ben...
-
Namo sey ni KARIM... pongundi bordaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN REMBAU.Sey tulis surat ni bukan apo2 do... sajo yor nak ucapkan timo kasih yg...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
11 Komen untuk "Spirit Of The Coin Final"
owh..
seram juga..
dulu pernah juga kawan ajak main game ni,
tapi mmg tak beranilah.
eee~~
hahahhaha part last tu sakit jap perut gelak..ha moralnye, jangan main spirit2 duit syiling neh.. menyesal tak sudah nanty..aiissshhh. seronok2, nanty wat entry yang style macam gini gak ye
tahniah, Abe baca semua Part. intresting
hahaha...part last kelakar...sbb ayah yana pun ada buat kat anak2 buah die....hitam muka masing2....
Best rrr . hahahaha . nanti cerita la lagi :)
Hehehe jgn sesekali cuna game ni.. Bnyk game lain klu nak main ye... Hehehe terima kasih sebab membacahe
terima kasih sudi follow cerita ni... Hehehe ade banyak lagi cerita yang nak dikongsir
thanks abe...
hehehe tapi ade pengajaran kan... Thanks sudi baca
Hehehe insya Allah, nanti sy cerita lagi... Thanks sudi bacae
pengalaman eaaaa..... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa