Kronologi Kelahiran Amirah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kronologi Kelahiran Amirah

Kali ni aku nak bercerita tentang saat aku dengan wife menyambut kelahiran cahaya mata pertama kami, Nur Amirah Ramizah... Dah lama dah aku nak cerita ni, tapi keadaan masih tak mengizinkan lagi... hehehe

Tapi kali ni, alhamdulillah, aku berkesempatan untuk berkongsi saat Amirah melihat dunia...

.................

Tanggal 15 hb Februari adalah tarikh yang dijangka oleh doktor yang mengatakan Amirah akan keluar pada tarikh ni... Oleh kerana tempat kerja aku kat KL manakala wife aku pula kat Putrajaya, menjelang 15 hb tu aku terpaksa ambil cuti...

Yelah kan, kitorang berdua tinggal berjauhan dengan family, so tak tahu ape nak buat kalau tiba tiba wife aku nak terberanak... Bila dah sampai tarikh tu, errr... tanda tanda yang wife aku sakit perut nak bersalin tu takde lagi...

Pada 15 hb tu, aku hanya duduk rumah... Tidur?? Tak lah..Sepanjang hari tu, henpon memang tak lekang dari tangan.. Kalau ade je panggilan dari wife, anytime aku lari pegi opis dia.. Lari??? Aku lari ke motor la...

Tapi wife aku cakap, takde lagi tanda tanda yang dia nak beranak pada hari tu... Aku tunggu lagi sampai lah hari Sabtu.. Memang baby taknak keluar lagi... Hemmm...

Dan hari sabtu tu, wife ajak pegi teman dia buat keja kat opis.. Aku ingat kan, bila dah sampai opis tu, boleh lah aku layan facebook, tapi aku yang kena buat kerja... hehehehe kene fotostat, tebuk lubang dan maca macam lagi lah...

Petang tu juga, kitorang balik Pahang.. Sebab rancangan aku adalah untuk bagi dia stay je kat Pahang.. Senang ade orang tua yang pantau yang semestinya orang tua kita la yang paling banyak pengalaman..

Sampai je Pahang, terus turun darah... Ya Allah, badan aku menggigil serta merta... Keadaan sekeliling aku rasa dah macam berpusing pusing.. Aku menggelabah dan tak tau nak buat ape dah...

Aku sambung lagi la ye.. Panjang sangat dah ni, takut ade yang bosan... hehehe... Ape ape pon, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Wife aku, Rozaila Bte Abd Latif... hehehe

Esok aku buat part 2 erk
4 Komen untuk "Kronologi Kelahiran Amirah"

alamak ada part 2 pulak eh hehe..slmt berpuasa :)

la ada part 2 ke... ingat terus habis mlm ni... papa ni..

Selamat hari jadi isteri en.azmengs..
semoga panjang umur..=)
gelabah ek isteri nak melahirkan??=p

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE

Tema Blogger Musim 3 kali ini diilhamkan dari Komik & Filem Thriller dari Jepun “Battle Royale”. Namun jangan risau, game ini tidaklah sekejam dan seserius “Battle Royale” Jepun tu. Tolak yang negative, kita ambil yang positif sahaja. Semuanya baik baik sahaja. Apa yang pasti setiap peserta akan dibekalkan dengan 1 Senjata Khas, sama seperti “Battle Royale” yang asli. Tapi secara illusion sahaja okay. Anda peserta pertama yang menyertai game ini, maka ada 16 Senjata Khas disenaraikan untuk anda pilih 1 sahaja di antaranya. Senjata Khas menggunakan nama kod – Fungsinya akan diketahui bila anda mahu menggunakannya. Umumkan keputusan anda di mana mana entri blog AWIE OMAR :)

1. ABYTAUAK x2
2. BDTI x2
3. BIKKPL x2
4. DTN1DC x2
5. GIKKPL x2
6. HSKPL x2
7. KDSSPL x2
8. KPT5DC x5
9. KVKPL x2
10. KVSPL x2
11. MII x2
12. MSKPL x2
13. RSKPL x1
14. TPDCDPL x2
15. TSKA2P x2
16. TSKPL x2

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info