Tiket Perlawanan Bola Sepak Habis Dijual

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Tiket Perlawanan Bola Sepak Habis Dijual


Aiyoooo... Tiket perlawanan antara Kelantan dan Pahang sebanyak 76,000 habis dijual... Dua dua negeri dari pantai timur... Walaupon aku bukan berasa dari kedua dua negeri pantai timur tu, demi menyokong bola sepak tempatan, aku pon sibuk kan diri untuk cari tiket tu...

Dapat tengok live lagi seronok... Bola sepak negara kita semakin mendapat sambutan di hati peminat bola kerana dah ramai pemain pemain bola ternama dilahirkan di Malaysia...

Cuma satu je nasihat aku, sekarang ni bola sepak tempatan semakin mendapat tempat di hati peminat, jadi jangan sesekali dicemari dengan kegiatan rasuah... Sekali je korang atur perlawanan (rasuah), maka akan terjadi la macam dulu... Mana mana pasukan yang main, hanya kerusi je yang penuh dalam stadium...

Apa apa pon, aku kecewa sebab tiket dah habis dijual... Korang tengok dalam gambar tu, berapa ramai yang sanggup beratur untuk beli tiket.... Nampak gayanya, terpaksa tengok depan tv je la...
1 Komentar untuk "Tiket Perlawanan Bola Sepak Habis Dijual"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info