Makhlus Halus Yang Bertandang

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Makhlus Halus Yang Bertandang

Haishhhhh...!!! Dah lama benor aku tak buat cerita seram... Kalau aku tak silap, tahun lepas kot last aku buat citer seram... Hehehe.. Bukan ape, kekadang bila aku cerita dalam blog tu, aku sendiri takut... Tapi kali ni, disebabkan aku ade 'deal' dengan sorang member ni, makanya aku pon buat juga lah... Member aku tu nama dia Suraya...

Dia memang pandai menulis cerpen, bahasa yang dia nukilkan sangat mantap... Dan aku suka baca hasil penulisan dia.. Seolah olah membawa aku ke alam penceritaannya... Eh.. Ni bukan entri untuk cerita pasal dia... Dia minta aku buat cerita seram, pastu dia pulak yang akan buat cerita seram dia... Nak baca, klik Cerita Seram Su Suraya...

Ok... Ni cerita pasal makhlus halus yang ade kat rumah aku duduk sekarang ni... Yaaa.. Orang selalu cakap, rumah flat ni memang selalu ade makhlus halus... Tu aku tak berani nak sahkan.. Hehehe.. Rasanya dah 2 tahun aku duduk rumah ni, bunyi bunyian memang selalu aku dengar... Macam macam ade... Hehehe..

Sebelum ni, aku pernah tanya member aku yang tinggal satu blok dengan aku pasal bunyi bunyian tu.. Dia sendiri akui, memang benda tu ade di setiap tingkat... Jadinya takde lah aku seram sangat kan.. Member aku duduk di tingkat 2, dan anaknya sering cerita pasal penampakan beberapa makhlus halus yang sedang bertenggek kat beranda rumah.. Dia cakap,hampir setiap malam anaknya nampak 'benda' tu... Sehinggakan waktu tengahari pon anak dia boleh nampak juga... Haaa.. Camne tu...

Tak cukup dengan cerita tu, aku berbual lagi dengan sorang mamat ni yang tinggal sama blok dengan aku... Pada mulanya, bunyi dari tingkat atas tu dia anggap sangat biasa.. Tapi sehinggalah satu malam tu, tepat pukul 12.00 malam, bunyi drill, (ala penebuk dinding tu) seolah olah ade orang yang buat keje ditengah malam.... Dia rasa sangat marah dengan orang atas yang tak reti nak hormat orang langsung... Bukan tu je, bunyi orang yang berlari lari pon kedengaran dari atas...

Keesokan harinya, dia pun naik ke tingkat atas kononnya nak 'sound' orang tu... Tapi yang memeranjatkan dia, kat rumah orang tu takde langsung perabot mahupon perhiasan yang disangkut di dinding... Tambahan lagi, orang tu bagitahu yang dia takde anak kecil yang berlari lari di tengah malam... Hemmmm... Terdetik di hatinya, siapakah yang drill tengah malam semalam dan siapakah yang berlari lari...

Aku semakin musykil dan semakin seram... Dalam melayan perasaan seram tu, soalan yang sama akan aku ajukan bila terserempak dengan jiran jiran yang naik lif sekali dengan aku..

"Selama duduk di blok ni, korang ade rasa sebarang gangguan ke di tengah malam???"

"Gangguan?? Rasanya takde kot.. Tapi orang atas jelah yang selalu buat bising di tengah malam... " jawapan yang aku terima dari sorang akak tu bila terserempak dalam lif... Hemmm....

Disebabkan jawapan yang aku ajukan tu semuanya sama, makanya aku terpaksa akur bahawa bukan keluarga aku je yang tinggal di rumah tu, tetapi ade juga makhluk makhluk lain yang turut menetap... Aku berdiam dan terus berdiam sehinggalah pada satu malam tu...... jeng jeng jeng....

Bersambung.....................................................


4 Komen untuk "Makhlus Halus Yang Bertandang"

haaa dia dah mulaaa, bila nak sambung??? nasib bukan malam der. bagus jugak kau post pagi. heee

weyyy kenapa kau lama dah tak blogg neh.. bz eh?

Alaaa.....baru nak stimm...dah terbantut...sila sambung dgn kadar segera....

aaaa...seram la
lately byk org bercerita kisah pelik2 nih
Jemput join papa & menangi hadiah bernilai RM550
Giveaway Butik Comel Collection

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info