Dapat Juga Jumpa Arwah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Dapat Juga Jumpa Arwah

Hari ni adalah hari ke 70 bapa aku menemui Ilahi dan meninggalkan aku sekeluarga... Sedih dan pilu masih bersisa dalam hati aku.. Aku teramat amat merinduinya..

Setiap kali aku merinduinya, mesti air mata aku mengalir laju... Pelbagai kenangan yang menggamit jiwa.. Bila kami berjumpa, hubungan ayah dan anak akan kami ketepikan.. Pergaulan antara aku dan arwah sangat akrab seperti sahabat...

Fuhhh!!! Bayangan wajah arwah sentiasa bermain di jiwa dan fikiran... Setiap kata kata dan nasihatnya masih terngiang di telingaku... Lebih terasa pedih bila aku sendiri tak dapat menatap wajahnya untuk kali yang  terakhir...

Dalam kesedihan yang menimpa aku, akhirnya aku dapat jumpa arwah beberapa hari yang lepas... walaupon  arwah hanya datang dalam mimpi... Dia hanya tersenyum tanpa menuturkan kata kata.. Aku bahagia sangat dapat jumpe arwah... Muka arwah sangat putih dan bersih.. Bila aku bagitahu mak, mak aku kata hanya aku sorang je yang didatangi oleh arwah dalam mimpi... 

Alhamdulillah... kerinduan aku terubat sedikit...



Mari kita sama sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah bapa aku...

~~~Al-fatihah~~~


6 Komen untuk "Dapat Juga Jumpa Arwah"

al fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Sedangkan yang masih hidup pun kita rindu bagai nak rak, inikan pula pada insan yang telah pergi meninggalkan kita. Tabah bro...

alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat

al fatihah . rindu arwah papa ika jugak :(

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info