Dia Kena Eskot, Biarlah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Dia Kena Eskot, Biarlah

Google

Tengah kita rasa menyampah sebab terperangkap kat jalan jem, tiba tiba kat belakang bunyi siren polis.. Mungkin ade yang berpikiran polis tu kejar perompak ke ape ke kan... Tapi bila polis tu dah semakin dekat, rupanya dia tengah 'eskot' kereta Datuk.. Kononnya Datuk tu nak cepat la kan...

Ape pendapat korang?? Adil atau tidak bagi kita yang dah berjam jam duduk dalam kesesakan jalan, Datuk tu senang senang je lalu kan...

Pada pendapat aku, lantak pii la datuk tu nak lalu kat tengah jalan jem tu...  Tu hak dia sebagai pemimpin... (kalau ahli parlimen la)... Sebab bagi aku, kemungkinan dia kena cepat untuk merasmikan sesuatu majlis.. Dan kalau lambat sikit, apa pula penduduk lain fikir pasal datuk ni yang tak mementingkan ketepatan majlis..

Kita tak boleh la cakap yang datuk tu pentingkan diri dan gunakan kuasa veto yang dia ada kan semata mata nak lari dari kesesakan jalan... Kalau jeles sangat dengan kuasa veto yang datuk tu ade, silalah jadi ahli Politik.. Senang, habis cerita.. Tapi ingat, bila dah kat atas tu, pandang la orang bawah sekali sekala, jangan 'lupa diri'...

Tapi kalau kat Malaysia ni, jalan jem takde la teruk sangat kan.. Bukan macam kat China yang Jalan Jem Selama 12 Hari

P/s: Seronok bila ade polis eskot, rasa selamat je... Aku pernah merasainya sebab bawa duit berkoyan koyan... hahahaha...



2 Komen untuk "Dia Kena Eskot, Biarlah"

Semoga kita juga di eskot di akhirat nanti...dieskot ke syurga!

pernah gak di escort semasa pergi bertandang ke rumah pengantin ...ha ha ha...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info