Israel Pencabul

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Israel Pencabul




BANDAR GAZA – Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan.

Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu. Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas.

Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu.

Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza.

“Anwar hanya cuba untuk meletakkan bendera Hamas di pagar itu,” kata seorang saudara lelaki tersebut. – Agensi

P/s: Dah agak dah benda ni terjadi... Selagi Israel beragama Yahudi, selagi tu diorang akan membohongi, memungkiri janji.. Nabi sendiri pernah dibohongi oleh orang Yahudi.. Hemmm.. Entah entah perang akan berlaku sekali lagi la..


2 Komen untuk "Israel Pencabul"

inila tnda2 dunia menhampiri hari kiamat~

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info