Budak Kudung Tangan
Ya Allah.. terkejut aku baca Metro Online hari ni... Seorang budak kecik kudung tangan kiri sebab termasuk kat mesin.. eee..Ngeri lak baca..
KOTA BHARU: “Dalam keadaan isi lengan kirinya terkeluar dan tulang hancur, saya terus mendukungnya sambil membonceng motosikal ditunggang seorang jiran ke klinik sebelum anak saya dirujuk ke hospital,” kata Nik Nur Aida Rozali, 26, ibu kepada Aisy Mirza Mahadi, 3, yang kudung tangan kiri selepas tersepit mesin pemerah santan dalam kejadian di Kok Lanas, di sini, kelmarin.
Bayangkan lah budak kecik macam ni dibiarkan.. Aku malas nak cakap la.. Rak tahu nak salahkan siapa sebenarnya.. Apa pendapat korang lak bila baca kes gini??
2 Komen untuk "Budak Kudung Tangan"
Aku tak dapat bayangkan macammana dia jerit kesakitan..isskk
Ya Allah, kesiannya. Si kecik yg tak mengerti apa2