Korang bayangkanlah, betapa hati keringnya seseorang bila buat salah.. Dia sanggup bunuh budak yang dikandungkannya selama 9 bulan tu.. Tanpa rasa bersalah pulak tu..
Bila dah dapat sedap sama sama, sehidup semati dan sanggup bertanggungjawab kononnya, bila dah lahir anak luar nikah, lelaki pon lari lah.. Alasan yang sama akan diberikan adalah...
" Aku taknak bertanggungjawab sebab aku tau bukan aku sorang je lelaki yang tidur dengan kau "...
Masa ni nak tumbuk lelaki tu ke, maki hamun ke memang dah tak guna dah... Si lelaki akan melarikan diri... Jom baca kisah ni.. Kisah yang terjadi di bumi arab..
DUBAI: Polis Emiriah Arab Bersatu semalam melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka percaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat.
Wanita itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan selepas mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan dan menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Bayi itu ditemui selepas seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah di dalam tandas.
Kesan darah itu membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.
Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah dan berusia 30-an itu. Beberapa media lain hanya melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.
Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah kesalahan besar di Emiriah.
Sehingga ini tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu penduduk Dubai. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan seks haram hingga mendorongnya untuk membunuh bayi itu.
Apa pendapat korang bila baca kes macam ni???
Sumber
3 Komen untuk "Tragis: Ibu Cekik Anak Luar Nikah"
ada orang tu teringin sangat nak anak. Ini ada anak dibuang2..isk3...nak tutup malu pun beragak lah..
Bagus kalau dapat tangkap pompuan tak de akal cm tu...pancung jea, senang...
Manusia skrg memalukan...ape hak die nak bunuh bayi tu?? Cian budak tu..MasyAllah...