Salahkah Aku Ke Surau??

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Salahkah Aku Ke Surau??




 



Salahkah aku datang ke surau ni?? Aku baru pindah kat kawasan ni.. So aku nak berjemaah sambil tu boleh berkenalan antara jiran.. Salah ke semua tu??? Aku tanya dalam hati je...

Kejadian ni terjadi tahun lepas, masa mula mula aku pindah ke Putrajaya... Malam jumaat tu, adalah malam jumaat pertama aku menjejak kaki ke surau tu.. Niat pertama aku adalah untuk membaca surah Yasin secara berjemaah dan dalam masa yang sama boleh berkenalan antara jiran jiran dalam kawasan perumahan tu kan..

Dah selesai solat Maghrib, aku pon tunggu jemaah lain berkumpul sama sama.. Tapi tunggu punya tunggu, sampailah solat Isyak.. Takde pon jemaah yang nak sama sama baca yasin... Tapi di satu sudut, aku ternampak ada beberapa jemaah buat bulatan.. Dalam fikiran aku, ni mesti baca yasin ni..

So aku pon joinlah sekali.. Bila dah dalam group tu, bukan nak baca yasin tapi masing masing borak pasal tangga gaji SBPA... Aku bukan lah orang pandai agama sangat, tapi bila hal duniawi dibicarakan dalam surau, nampak tak cantik lah kan...

Aku nak tegur, pengerusi masjid tu berpangkat Haji.. Dan aku difahamkan juga yang pengerusi tu berpangkat tinggi juga dalam gomen.. So, aku serba salah nak tegur.. Kang aku tegur, takut mengaibkan orang lain...

Tengah diorang rancak borak, ade sorang lelaki datang kat aku dan duduk sebelah aku.. Macam macam soalan yang dia bagi.. Dari tanya nama, sampailah hal keluarga aku sendiri.. Macam polis pon ade juga kan.. Last sekali soalan cepu emas yang dia bagi kat aku... kira macam soalan maut juga lah kan..

" Abang ni biasa berjemaah kat surau tak??... Sebab kitorang ni nak buat mesyuarat berkenaan surau ni dan untuk melantik ahli jawatan kuasa surau"

Apa pendapat dan apa yang korang akan buat seandainya benda ni jadi kat korang??
2 Komen untuk "Salahkah Aku Ke Surau??"

takmau komen pasal entry , tapi nak komen pasal warna background bole..

naper warna cam gini ek..
tak mesra pembaca la..

ngeee
:)

kita pun budak baru belajar juga..
nak komen nak suggest tak reti..
baru belajar.. itu cuma pandangan peribadi je.. warna background tu pekat sangat.. sakit mata..

maaf kalau tersinggung , ini cuma apa yg saya rasa. mungkin saya je rasa mcm nih..
:D

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info