Golongan Kebanyakan Mentaliti Rendah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Golongan Kebanyakan Mentaliti Rendah







Kes kerosakan lif ni kebanyakannya terjadi di flat flat kos rendah... Apakah disebabkan rumah kos rendah menyebabkan nilai sivik pon rendah juga kan.. Banyak dah aku dengar cerita pasal kerosakan lif ni... Terutamanya di flat kat KL ni.. Pelik aku..

Selalu sangat menyusahkan orang lain.. Aku teringat ada satu masa tu, yang mana penduduk kat kawasan flat tu bengang dan marahkan maintenance sebab lif rosak.. Sepatutnya penduduk kawasan tu la yang kena jaga sepenuhnya tempat diorang tinggal kan...

Bayangkan, kalau ada kematian di tingkat 18.. Macam mana nak bawa jenazah turun?? Alasan kebanyakan orang yang tinggal kat situ, kononnya diorang bayar yuran maintenance... Orang yang tinggal kondo pon bayar juga maintenance, kawasan dia tetap bersih... Pakat sama sama jaga kawasan tu..


KUALA LUMPUR - Kira-kira 3,000 penduduk Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini kesal apabila perbuatan merosakkan kemudahan perkhidmatan lif oleh pihak tidak bertanggungjawab semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, sebuah lif yang baru sahaja dibaiki kembali rosak selepas dibakar oleh individu yang dipercayai juga merupakan penduduk di flat 10 tingkat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Flat 700, Tong Tick Chong berkata, kebakaran kira-kira pukul 9 malam itu disedari oleh penduduk yang kebetulan lalu di kawasan tersebut sebelum dia sempat memadamkannya daripada merebak.

Petikan diambil dari Kosmo Online 

Aku tak tahu apa motif diorang ni bakar lif tu... Padahal semua tu kegunaan bersama.. Diorang sendiri pon guna juga kan.. Hemmm....

Pada pendapat korang, kenapa benda ni berlaku di kawasan perumahan yang ramai penduduk dari golongan kebanyakan... Dan kenapa kondominium yang ramai penduduk dari golongan atasan, bersih dan nyaman?
1 Komentar untuk "Golongan Kebanyakan Mentaliti Rendah"

orang selalu kata, semakin tinggi IQ, semakin rendah EQ..
tapi tanggapan itu SALAH.
kes lif tu salah satu buktinya..
kan ke menyusahkan diri sendiri..
pelik......

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info