Balan Balan & Hantu Penanggal... 18PL [ Part 2 ]

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Balan Balan & Hantu Penanggal... 18PL [ Part 2 ]



Ini adalah kesinambungan cerita seram aku yang lepas lepas... Kalau nak baca cerita yang lepas, klik di Part 1

Ini adalah pengalaman yang diceritakan oleh orang terdekat dengan aku dan terjadi di kampung aku dulu... Terdapat sedikit tokok tambah bagi menarik pembaca dalam jalan ceritanya... Ini adalah kisah benar.. Sebarang perubahan pada diri sendiri adalah tanggung jawab korang sendiri... Dan perlu diingatkan bahawa tiada satu pon kuasa yang dapat menandingi kuasa Allah...

*****************

Memang susah untuk kita percaya, bila Hantu Penanggal ni boleh menyebabkan kematian kan.... Dalam cerita lepas, aku ceritakan ada seorang lelaki yang meninggal dunia akibat makhluk ni.. Tapi, itu hanyalah sekadar penyebab kepada kematian tu, dan semestinya kematian adalah Hak Allah... 

Lelaki itu adalah atuk aku... Ayah kepada emak aku.. Kematian beliau menjadi gempar seketika dan menjadi buah mulut penduduk kampung.

Atuk aku adalah seorang yang terkenal dan pernah ditugaskan sebagai Ketua Anak Negeri Sabah pada era 60-an.. Seorang yang warak, alim dan disegani oleh semua penduduk kampung di Pulau Banggi pada masa tu.. Pada masa tu, dia menetap bersama keluarganya, (isteri pertama) di satu perkampungan terpencil, yang dikenali sebagai Kg. Palak...

{ Flash Back }

'Kkkwaaakkkk!!! kkkwwwwaaaakkkk !!! kkkwwwaaaakkk !!!'..

Itulah bunyi yang didengari oleh nenek aku pada satu malam ... Bunyi yang semakin menjadi kebiasaan di kampung tu.. Tapi kata orang tua, bunyi 'kwaakk' yang terlalu kuat seolah olah ada dibelakang tu, menandakan yang Balan Balan tu masih terlalu jauh.. Dalam 2 kilometer dari tempat kita mendengarnya... Tapi AWAS!!!!.... Bila bunyi tu dah terlalu perlahan, itu bermakna makhluk tu tengah memerhati gerak geri mangsanya dari atas....

Disebabkan anak anak dia semua dah berumahtangga dan tinggal berasingan dengan diorang, so diorang tinggal berdua je., nenek dan atuk aku... Rumah atuk aku terletak di atas bukit..  Rumah tu hanya diterangi dengan cahaya lampu gasolin.. ( Lampu minyak tanah )...

Bunyi tu semakin kerap terdengar dan seolah olah tengah berlari lari memerhatikan mangsa.. Atuk aku tak pedulikan semua tu sebab makhluk yang jadi tunggangan syaitan tu hanya menguji keimanan... Sejauh mana takut kita kepada Allah atau takut kepada makhluk lain...

" Abang nak pegi tandas, nak buang air kecil "... kata atuk aku.

Nenek aku terus ikut dari belakang.. Sebab nak tengok tengokkan atuk aku yang dah tua.. Takut takut terjatuh sebab atuk aku ada darah tinggi... Bila nenek aku tengok atuk seolah olah dah selesai menunaikan hajatnya, dia pon masuk ke dalam mendahului atuk aku..

Bila dah sampai ruang tamu, nenek aku rasa pelik kenapa atuk aku tak muncul muncul lagi... Tadi masa dia temankan atuk aku, seolah olah dia tengah beristinjak... Tak kan lama sangat nak istinjak, bukan buang air besar pon.. Nenek aku pon ambil keputusan untuk tengok apa yang dah terjadi.. Kalau dia terjatuh, senang dia nak minta tolong dengan jiran jiran...

Alangkah terkejutnya nenek aku bila tengok atuk aku tersembam jatuh... Dan itulah kali terakhir diorang bersama... Dan atuk aku disahkan meninggal dunia malam tu juga... Bila diperiksa, jantung dah takde lagi... Semua tu kuasa Allah.. Dia dah takdirkan kematian atuk aku macam tu..

***************


Pelbagai cara yang dilakukan untuk mencari siapa dalang kepada semua ni.. Namun usaha tu semua tak berjaya... Dan akhirnya cerita tu hanya menjadi buah mulut semata mata tanpa sebarang penangkapan.. 

Tapi sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Pengamal ilmu songsang ni akhirnya kantoi... Kejadian kekantoian ni terjadi tahun 2003 di kampung yang sama.. 

Nanti aku sambung semula cerita kekantoian orang tu erk... Tunggu next episod....



4 Komen untuk "Balan Balan & Hantu Penanggal... 18PL [ Part 2 ]"

hatimuu... hatikuu... ala iklan sudah..suspen dah baca..

saya pernah dengar, tataw la betol ke tak. orang kata petua nak bunuh penanggal ni kalau nampak jerit kuat2 and tnjuk jari kita dekat arah dia.. tataw lah kan..hehehe :)

salam... nak Tanya..sambungan part 3 kat mana yer...hihi cari x jumpe2 pun..

Wah takziah kpada crita ni ah...sya pun ada terdengar bunyi tu "kwok2"berapa kali dengar sdah tapi klau puasa tiada hantu.Tapi klau mata sya bnyak nmpak h*ntu. Orng bilang ckap dngn sya "tiada pun!"..Tapi kita msti jaga2 rumput dan angin mata dia sama ear dia.Betul jga ckap orang tua....di SABAH,TUARAN....(pokok ara dia juga tempat tinggal hantu)

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info