Seram: Kereta Tanpa Pemandu Di Putrajaya

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Seram: Kereta Tanpa Pemandu Di Putrajaya

Ini adalah satu kejadian yang benar benar berlaku malam tadi.. Kejadian ini disaksikan sendiri oleh aku dengan wife aku.. Masa tu aku dalam perjalanan nak ke Alamanda.. Aku terpaksa menceritakan di saat ini sebab takut nak menaip waktu malam.. hahahah

Bila aku masuk satu simpang tu, depan kereta aku tu ada sebuah kereta lama.. Memang dah nampak lusuh sangat dah aku tengok... Kereta jenis Volvo.. Bila aku amati betul betul dan tengok sebelah kanan, kereta tu berjalan tanpa orang yang memandu..

Aku cuak giler masa tu.. Mana taknya, aku bawa Amirah dengan wife sekali.. Kalau aku sorang je takpe, dia kacau pon tak kisah.. Kalau dia kacau Amirah tu yang aku tak boleh..

Aku cuba perlahankan kereta untuk bagi dia jalan depan sikit.. Tapi makin aku perlahan, dia pon bawa kereta lagi perlahan.. Macam dia tahu tahu je yang aku ni takut sangat..

Bila nak  masuk simpang ke Alamanda, aku terpaksa berhenti sebab tengah lampu merah.. Dan masa tu, kereta volvo tu memang betul betul kat depan aku.. Kereta tu berhenti... Yang menjadi peliknya, kenapa kereta kat sebelah tu tak takut langsung.. Atau kitorang je yang nampak kereta tu.. Atau pon semua tu adalah perasaan kitorang je...

Bila lampu bertukar hijau, kereta tu belok ke kanan.. Dan memang jelas menunjukkan kereta tu memang tiada pemandu... Rupa rupanya kereta tu macam kereta Mat Salleh... Pemandu ade di sebelah kiri.. Adoi.. Malu beb. Nasib baik aku tak menjerit jerit minta tolong masa kereta berenti tunggu lampu isyarat bertukar hijau... Huhuhu hampeh..
5 Komen untuk "Seram: Kereta Tanpa Pemandu Di Putrajaya"

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Teamwork dan komunikasi teramat penting dalam permainan ini. Anda boleh berhubung dengan ahli pasukan yang lain melalui blog, Facebook, Twitter, YM, Skype, email mahupun sms.

ceh..buat saya suspen je. hehehe.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

buat saspen jerk !!! takut sy awal2 membacanya... hhaaiihhh....

hehehe thriller gak citer ko ni ye

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info