Kronologi Kelahiran Amirah Part 6

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kronologi Kelahiran Amirah Part 6

Ok.. Cerita ni adalah sambungan daripada cerita aku sebelum ini. Cerita ini adalah untuk berkongsi pengalaman kepada yang bakal menerima baby dan kepada sesiapa yang seangkatan dengannya... Sesiapa yang belum membaca dan tidak mengikuti cerita sebelum ni boleh la klik Part 1 , Part 2 , Part 3 , Part 4  dan Part 5
..................................................

Jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang dah masa tu.. Doktor yang datang cek tu pon terus keluar dan panggil nurse senior dan doktor perempuan yang lain.. Doktor cakap, jalan baby dah terbuka 9 cm.. So tinggal berapa ketika je lagi, proses kelahiran akan berlangsung... Jantung aku masa tu, dah tak terkira kelajuannya.. Cemas, takut, cuak dan segala galanya ada.. Semua bercampur aduk sekali...

Wife aku masa tu, dah mengerang kesakitan dah. Tapi doktor tak benarkan dia meneran sebab takut nanti ada implikasi kat baby, seperti kepala bengkak ke... Lagi pon doktor takut wife aku akan cepat penat masa nak 'push' baby tu...

Doktor dah bagi isyarat menandakan kepala baby dah nampak masa  tu.. Jantung aku lagi tambah laju.. Doktor dan nurse semua dah berkumpul dalam bilik tu.. Ada yang tengah mengajar macam mana nak buat masa teran, ada yang ajar cara nak teran.. Ingat boleh teran sesuka hati ke... Kalau salah teran, maknanya benda lain yang akan keluar.. hahaha

"Ikut kiraan saya, bila dah sebut tiga, awak kena push sekuat kuatnya.. Push guna tenaga perut bukan leher".. Kata seorang doktor tu..

Wife aku pula, tarik tangan aku, kononnya nak gigit.. Aku macam nak bagi pada mulanya, tapi takut juga.. Doktor larang aku untuk masukkan tangan aku kat mulut wife sebab katanya jari akan terputus kalau buat macam tu.. Tenaga orang yang tahan sakit lebih kuat berbanding tenaga masa sihat..

" Satu, dua, tiga.... Pushhhhh!!!!".... kata doktor tu.. Bila aku tengok ada darah kat sarung tangan getah doktor tu, tiba tiba kaki aku dah longlai.. Hahaha

" Encik tidak dibenarkan masuk dalam labour room sekiranya encik tidak kuat untuk melihatnya".. nurse yang lebih senior bagitahu kat aku..

" Takpe saya boleh tahan".. tapi pada masa tu aku dah pegang tiang dah.. takut takut pengsan, sempat la aku berpaut.. hahaha aku memang takut darah...

Last sekali, aku kena halau oleh doktor sebab diorang tengok aku dah tak boleh tahan.. Nak pengsan dah.. Wife aku yang risaukan aku masa tu, bukan aku risaukan dia... hahaha

Tepat jam 4.04 pm, aku dikejutkan dengan berita yang wife aku dah selamat melahirkan anak.. Nurse taknak bagitahu aku aku dapat anak ape masa tu... Dia just suruh ambil air sembahyang, kemudian baru tahu aku dapat anak ape..

Lepas ambil air sembahyang, aku pon buat solat sunat syukur.. Memang bersyukur masa tu sebab anak dan wife aku selamat kedua duanya.. Dan masa itulah, air mata kesyukuran bercucuran macam air sungai.. Sampai bengkak mata sebab terlalu gembira.. Baru aku tahu masa tu macam mana menitiskan air mata di saat hati gembira.. huhuhu


2 Komen untuk "Kronologi Kelahiran Amirah Part 6"

TAHNIAH aku ucapkan. Semoga dapat memimpin keluarga sebaiknya. Amin.....

papa blogger ni takut darah rupanya..hehehe

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info