Merangkak 1000 Meter Untuk Minta Ampun

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Merangkak 1000 Meter Untuk Minta Ampun



Sampai macam tu sekali minta ampun dengan isterinya... Apa yang saya faham, lelaki ni merangkak demi minta ampun dengan isterinya disebabkan dia berlaku curang..

Kalau iya pon dah bersalah, jangan lah sampai minta ampun macam ni weh...Malu sikit kat orang ramai yang pandang ko tu... 

Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.
Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.
Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.
Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.
Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.
Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.





Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.

Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.
Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.
Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

 Sumber
5 Komen untuk "Merangkak 1000 Meter Untuk Minta Ampun"

kerasnya la hati isteri smpai wat mcm ni untuk mintak maaf...
baru tau susah senang...
tp klo dapat isteri yg senang mengalah pun, xhargai, xguna jugak..

taknak la buat suami saya macam tu.. sian sangat2.. aduhai.. macam-macam betul la

harap-harap isterinya la..
moga2 dia insaf..=)

di maafkan ke kalau die buat mcm 2.nanti sia2 je dia buat tapi tak jugak d maafkan..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info