3 Orang Blogger Dipenjara

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

3 Orang Blogger Dipenjara



 Bahaya!!! Sangat bahaya kepada penulis blog..Baik buat blog pasal peribadi, pasal anak aku dan juga pasal keluarga aku.. Lagi bagus kan.. Tapi kena hati hati.. Dalam kita menulis blog cerita pasal peribadi pon, ada juga yang tak suka...

Manusia memang susah nak puas hati.. Blog aku yang tak terkenal pon, ade juga yang maki hamun aku.. Tapi buat masa sekarang ni, cuma baru sorang dua yang maki hamun aku dalam blog pasal cerita aku pasal Amirah...

Dia dengki entah sebab.. Aku ni blogger biasa je kot.. Bukan ade ape ape keistimewaan pasal blog aku ni..

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.

Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.

Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.

Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.

“Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara,” kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.

Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.

“Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat,” katanya.
Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.

Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.

Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.
Laman web itu diharamkan di Vietnam.

Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.

Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.

Sumber 
6 Komen untuk "3 Orang Blogger Dipenjara"

uishh lamanya hukuman dalam penjara tuh..

Kalau kat Malaysia buat macam tu agak2nya berapa ramai blogger yg kena penjara gamaknya. Yang terang2 jatuhkan nama negara dan hina negara... Tu pun ramai yang tak reti bersyukur.

Kene lebih berhati2..baik buat entry pasal Famly je.

Yer betul. Lagi best buat pasal life sendiri. Tapi betul ker ada gak yg dengki sambil maki hamun?

salam kenal papa blogger dan follow :)

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info