Campak Bayi Penjara 20 Tahun Je??

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Campak Bayi Penjara 20 Tahun Je??

Sekadar Hiasan



Lagi isu bunuh anak... Aku cukup tak suka la benda benda macam ni... Kalau tak nak  atau tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab, jangan 'buat' anak..

Nate beguk sungguh..(betul ke loghat kelate ni)... hehehe.. Tapi berita berita macam ni aku cukup benci la.. Sedih tengok bila baby ni  di bunuh.. Nauzubillah..


IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.

Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.

 Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).

Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.

Sumber
2 Komen untuk "Campak Bayi Penjara 20 Tahun Je??"

dah lama hangin dengan berita2 camni..singgah follow sini..

nak ajar anak pon jgn la smpai memukul tahap membunuh...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info