Cerita ini adalah kesinambungan daripada cerita bulan lepas.. hehehe Semalam kan bulan julai dah last... hehehe Kalau nak ikuti cerita sebelum ni, klik Part 1
.............
Masa tu, semua orang dah tido, dan aku jadi pula jadi serba salah nak kejutkan ibu dan ayah mentua ku... Terpusing pusing dalam bilik sebab tak tahu nak buat ape... memang nerbes la masa tu... Tuhan je lah yang tau.. Wife aku pula sempat tegur bila tengok aku menggelabah...
' Abang nak cari ape sebenarnya???' tanya wife aku...
' Seluar jeans abg mana??? Cepat cepat, kang baby keluar pula.. '
' Belakang pintu tu bukan seluar abg ke?? Kalau benda tu jadi ular, dah lama da kena makan abg ni'...
Bergurau pulak dia ni... Dan aku terus keluar nak kejut mama (panggilan untuk ibu mertua ku)...mama dah agak yang wife aku akan beranak juga malam tu...
Aku terus keluar nak start kereta.. Tapi aku boleh biarkan wife aku jalan sendiri... errr... camtu la sikap gelabah aku yang tak tau nak buat ape bila situasi kecemasan... hahaha
Jarak hospital Temerloh dengan mentakab, boleh tahan juga jauhnya... dalam 20 minit juga berjalan.. Sampai hospital pula, aku tak tahu nak ke mana... pusing pusing area Hospital, baru terdetik nak tanya orang wad bersalin kat mana... Apedah aku ni mangkuk hayun sangat..
Masuk wad, dan hantar masuk ke dalam untuk buat pendaftaran... Lama juga lah aku tunggu, dan tiba tiba aku dengar bunyi suara bayi menangis.. Sukanya dalam hati... Akhirnya aku menjadi seorang ayah... Yahoooo.. rasa nak melompat je dalam wad tu.
Tiba tiba pintu terbuka, eh!!! Kenapa wife aku kat kerusi roda?? Nurse yang tolak tu bagitahu, wife kena masuk wad biasa sebelum masuk labour room... Laaaa.. Aku bukan main suka lagi, tapi orang lain yang jadi ayah dulu.. Nasib baik tak melompat suka, kalau tak kompom malu besar aku...
Nurse yang baik hati tu bagitahu, dia minta aku balik rumah dulu... Esok pagi sebelum masuk labour room dia akan call..
Aku ambil kesempatan balik rumah untuk berehat sekejap... Tapi jam 7.00 pagi ahad tu, wife aku suru datang kat hospital... Kejap lagi nak masuk labour room...
Saat tu memang jantung rasa terhenti kejap...
Aku sambung lagi... hehehe.. jangan ketinggalan ye.. Episod terakhir ade yang menarik... nantikan bersama sama...
Kronologi Kelahiran Amirah Part 2
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Disebabkan waktu sekarang belum tengahari lagi, jadi selera makan pon takde... Jadi kalau belum waktu makan, macam mana nak join cabaran unt...
-
Giler betul pakcik ni... Tak tahu la kalau putus cinta ke ape.. Tapi sadis pulak aku tengok.. huhuh apalah malang lela...
-
Malam tadi lepas berbuka wife aku ajak pegi PICC Putrajaya. Katanya ade jualan gudang dan murah yang dibuat kat PI...
-
Beginilah buku pendidikan seks yang diajar di tadika di Jerman...Adakah buku pendidikan sebegini sesuai untuk diajarkan kepada kan...
-
Aku dah beli walker selepas beberapa lama aku berfikir baik dan buruknya benda ni.,, Dan sebelum ni pon aku pernah tanya beberapa orang ...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


7 Komen untuk "Kronologi Kelahiran Amirah Part 2"
hehe..tak sabar tunggu next entry:)
papa blogger buat cerpen kew?
wah...
cepat2 siapkan cerita seterusnya!=)
wahh suspen jer hehehe
Info Terkini – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Papa Blogger diberikan Senjata Khas “TSKA2P x2”
ada saja sambungan papa ni... gigit idung papa
mengelabah mengalahkan wife yng nak bersalin..hehehe