Gelandangan Atau Homeless | Masalah Yang Sukar Diatasi

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Gelandangan Atau Homeless | Masalah Yang Sukar Diatasi

Gelandangan Atau Homeless | Masalah Yang Sukar Diatasi| Masalah gelandangan ni sebenarnya amat sukar diatasi.. Jangan salahkan pihak kerajaan kerana tidak dapat atasi masalah yang semakin teruk terutamanya di Ibu Kota...


Aku pernah bertugas di Anjung Singgah yang mana tempat tersebut sebahagian penghuninya adalah dari golongan gelandangan... 

Tidak semua homeless atau pon gelandangan ini adalah penganggur... 

Aku pernah interview seorang makcik gelandangan yang berasal dari negeri Pantai Timur... Makcik tu bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji lebih kurang RM700 sebulan.. Tapi dia tak berminat nak tinggal di rumah hanya kerana ingin menemankan seorang kawan senegerinya..

Kemudian, aku berjumpa dengan seorang lelaki yang juga telah bebas dari status gelandangan yang berasal dari Sarawak.. Kini telah bekerja dengan pendapatan ribuan ringgit... 

Oleh kerana dia berasa kesian dengan homeless ni, maka dia bercadang untuk menempatkan mereka di sebuah rumah yang telah disewa... 

Dia berjaya menyelamatkan hampir 30 orang homeless dan ditempatkan di sebuah rumah kedai yang lengkap dengan kemudahan asas... Tapi sayangnya... Mereka cuma bertahan selama 2 bulan... 

Bila ditanya, mereka memberi alasan sukar untuk tidur di tempat yang SELESA... Tak boleh tidur jika tak dengar bunyi deruman kereta serta aliran air sungai... 

Pelik dan hairan... Jadi, pada pendapat aku, sukar untuk kita atasi golongan gelandangan ni... Hanya sebahagian je yang sanggup keluar dari kepompong kemiskinan... 

Ape ape pon, pihak kerajaan dah menyediakan banyak kemudahan untuk mereka... Terpulang kepada mereka untuk berubah... 

Gambar dipetik melalui google.. 

0 Komentar untuk "Gelandangan Atau Homeless | Masalah Yang Sukar Diatasi"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info