Cikgu Lembu Ditukar | Anak Murid Kembali Ke Sekolah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Cikgu Lembu Ditukar | Anak Murid Kembali Ke Sekolah

Cikgu Lembu Ditukar | Anak Murid Kembali Ke Sekolah| Susah nak cakap situasi sekarang ni... Tapi zaman aku sekolah dulu tak pernah pulak cikgu aku bagi makan rumput pastu digelar lembu... Paling teruk pon kena paksa makan kapur... Hehehe...

Aku pon dulu nakal juga , tapi takdelah jadi macam ni kan... Korang tahu tak kes cikgu yang panggil anak muridnya lembu tu?? Cikgu tu sekarang dah kena tukar serta merta ke sekolah lain dan murid tu alhamdulillah dah kembali ke sekolah...


Dipetik dari Metro Online...

Sungkai: Dua murid sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, yang dihukum seperti 'lembu' oleh guru Bahasa Inggeris mereka dengan digantungkan loceng dileher dan diberi rumput sebagai makanan hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah, kembali bersekolah pagi ini.

Mohd Izat Iqbal Mohd Harrith dan Muhammad Naswender Muhammad Ammit, kedua-duanya berusia 10 tahun, dihantar ibu masing-masing kira-kira jam 7 pagi tadi. 

Menurut Siti Aisyah Hashim, 32, ibu kepada Naswender, apabila dikejutkan untuk ke sekolah, anaknya mengatakan tidak mahu pergi sekolah.


"Saya terpaksa memujuknya dengan memberitahu jika dia mahu pandai dia perlu ke sekolah dan selepas itu baru anak ingin ke sekolah.

"Namun, anak saya masih ragu-ragu dengan meluahkan rasa takut dan bimbang jika rakan sekelas dan sekolah akan memanggilnya 'lembu'," katanya ketika ditemui di sekolah anaknya.

Siti Aisyah berkata, dia berpesan kepada anaknya itu supaya melaporkan sebarang ejekan atau gangguan kepada guru kelas dan guru besar.

Sementara itu, ibu kepada Mohd Izat Yarnis Kesuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata, dia gembira apabila mengetahui guru Bahasa Inggeris yang memperlakukan anaknya seperti lembu itu sudah dipindahkan sekolah serta merta.

"Tindakan itu baik, kerana jika guru terbabit masih mengajar mungkin anak kami akan takut dan bertambah trauma.

"Saya harap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua golongan pendidik supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggar peraturan," katanya.

P/S: Tak baik kita samakan manusia tu dengan binatang terutamanya babi... Tapi kalau sebut 'best giler babi' tak pe... hehehe

Related Post

  • Pulang Membawa Seribu Kesedihan Aku pon pelik juga kan.. Kenapa kucing ni sedih sangat... Dia lepak kat kereta arwah juga.. Siang malam dia dengan ba…
  • Amirah Dan Walker "Hakhakhak!!! Saya naik walker kat rumah atuk kat Temerloh... Best nye duduk dalam ni..." Nak tak nak aku kena letak…
  • Aku Sembelih Kau!! Amacam?? Comel tak Amirah??? Semua baby memang comel.. Betul tak.. Amirah sekarang dah nak masuk umur 9 bulan.. Sekej…
  • Cerita Amirah Kembali Lama tak cerita pasal Amirah... 8 hari aku terpaksa tinggalkan dia dengan wife.. Dalam masa 8 hari tum pelbagai karen…
  • Pergi Seribu Kesedihan,Balik Sejuta Kenangan Tanggal 23 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 08 November 2012 adalah tarikh yang tak mungkin aku lupakan.. Tarikh pergi…
4 Komen untuk "Cikgu Lembu Ditukar | Anak Murid Kembali Ke Sekolah"

kalo transfer g tmpt lain, dpt jamin ke dia xbuat mcm tu lg kat tmpt bru ? nama cikgu tp akal xnmpk mcm cikgu.. better gantung keja, 2-3bulan then transfer. hope xbuat lg mc tu..

mak pak 1 hal... sikit2 nak report polis... settle luar x bleh ker.. yg cikgu plak dah kenape buat hukuman mcm tu... klau nak buat hukuman mcm tu kena blk mengajar zaman dulu... zaman skrg dah lain...

budak india muslim tu aku tgk skali pun da bleh bayang mcm mana nakal dia..tambah2 lg wktu dia wat kenyataan media da bleh bayang mcm mana cara dia menjawab bila cikgu tanya pasal kerja sekolah.cikgu manala x marah bila suroh buat kerja sekolah sampai 2 minggu x siap2.....cnfirm 2 ekor budak ni btol2 jd mcm lembu bila besar nnt

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info