Cerita ini adalah kesinambungan dari cerita sebelum ni... Cerita ini adalah pengalaman penulis sendiri, tiada unsur
penipuan mahupon ditokok tambah... Pandangan korang dan pengalaman
korang boleh dikongsi dengan aku, maybe aku boleh siarkan dalam blog aku
ni... hehehe Nak baca sila klik kat Part 1 , Part 2 dan Part 3
......................................
Bila budak tu menangis, seorang member aku, Penolong Pengarah, nama panggilannya Jimmy... Kat opis aku ni, bos bos semua kitorang anggap macam kawan juga... Selama ni kitorang bertepuk bertampar, rupanya dia memang berilmu..
Dia bangun dan pergi ke tempat budak Thailand yang tengah menjerit jerit kena rasuk...Dia pegang kepala budak perempuan tu dengan berlapiskan tuala, kemudian dia baca ayat dan terus tarik dengan kuat... Terus budak tu pengsan serta merta..
" Tolong buka pintu tu, aku nak buang 'dia' kat luar"... Sambil dia memegang tuala tu...
Aku tengok tangan dia menggigil... Katanya benda tu sangat berat.. Hehehe
Aku nyorok je kat belakang Mus.. Mana aku berani.. Kang benda tu melompat depan aku sambil tunjuk muka dia yang buruk, mau pengsan aku karang...
Yang budak India tu pula yang menangis nangis, dia juga yang tenangkan.. Tapi tak dapat buang rupanya 'benda' tu yang tengah rasuk dia... Kononnya ada ramai yang jadi pendamping budak tu.. Yang dia menangis nangis tu, rupanya 'benda pendamping' tu tengah berlawan dengan benda yang ada dalam rumah tu.. huhuhu
Aku tak leh bayangkan, yang benda tu boleh berlawan sebenarnya.. hahahha
Bila semua budak budak dalam tu dah bertenang, ustaz yang dijemput khas oleh pegawai dari ibu pejabat tu keluar dengan membawa sebungkus garam, baldi yang berisi air Yasin dan satu spray air tu..
Aku follow je ape yang diorang buat.. Dah semua member aku keluar, tak kan aku nak duduk dalam. Tak pasal pasal aku lak yang kena rasuk kan.. hehehe
Ustaz tu taburkan garam kasar tu kat bumbung rumah, depan pintu dan keliling rumah... Tengah ikut dari belakang tu, staf yang duduk rumah tu berlari kat kitorang.. Katanya ada orang kena histeria lagi kat dalam..
Biasalah, bila budak melayu kena histeria pon susah nak pegang, ni kan pula yang beragama lain... Lagi lah 'benda' tu kuat kan... Bacakan ayat pon tak makan saman dah... Jimmy, member aku tu datang dekat budak tu untuk tarik 'benda halus' tu keluar... Hermmm.. Memang susah giler aku tengok...
Sampai dia minta support dari belakang.. Member aku yang ada ilmu tu tolong tarik dari belakang juga bagi bantu Jimmy.. Aku yang hanya tengok masa tu, macam dah nak menangis dah... Takut giler.. Bila benda tu dah keluar, ada benda yang lain pula duduk atas rumah tu tengah hentak hentak kaki... Macam budak yang menangis tak dapat benda yang dia nak...
Mus ajak aku dengan Pali naik ke atas untuk azankan setiap penjuru bilik.. Bila kitorang sampai atas, terdapat 3 bilik berasingan.. Mus arahkan aku ke bilik hujung untuk azankan bilik tu.. Maknanya seorang satu bilik la untuk diazankan...
Korang mesti tau perasaan aku kan masa tu... Azan yang aku laungkan tu macam tak dengar je... Bibir dah terketar ketar... Kenapa aku diletakkan di bilik hujung weh.. Bagi lah aku kat bilik tengah.. Senang aku nak lari...
Panjang sangat dah tulis, takut korang bosan, jadi aku sambung lagi cerita ni erkk.. hehehe
Hantu Ade Anak?? Part 4
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Related Post
Ngeri: Terseret Van Sepanjang 7KMSusah membayangkan bagaimana nasib lelaki ini bila kita melihat kejadian yang sangat tragik menimpanya, bagaimana tida…
Binatang Disamakan Macam ManusiaBinatang pon dikahwinkan juga.. Hehehe ape ke pelik manusia ni.. Binatang yang tiada akal pon dikawenkan... Yang boleh t…
Meluat Tengok Jantan Ni agaknya apa yang buat dia terlopong jom kita cari jawapannya di bawah ini.... v v v v v…
Ibu Segala Galanya Kadang kadang kalau cerita pasal ibu ni, hati aku tersentuh.. Mana taknya, sekarang ni kita asyik aje mendengar si Tang…
18SX: Penceritaan Semula Pergaulan Bebas Mahasiswi Lelaki mana yang akan menolak kalau mahasiswi secantik awek ini mengajak balik kebiliknya. Apalagi biliknya itu sep…
Entri Masih Panas
-
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusi...
-
Apa pendapat korang bila tengok kedua dua gambar ni??? " Itu cuma sekadar lakonan.. Biasalah zaman sekarang ni orang yang edi...
-
Lawatan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kudat / Tanjung Kapor serta sumbangan Surah Yasin... Yang baju hijau tu la Ketua Umno, member arw...
-
Terubat rindu aku kat Amirah... huhuhu 3hari aku tak jumpa anak dara aku ni... Dalam masa kursus tu, macam orang bercinta pula aku.. Ade...
-
Kucing kesayangan arwah bapa aku.. Semenjak arwah dah takde, kucing ni tak pernah mengiauuu... Seolah olah dia bersedih di atas pemer...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
1 Komentar untuk "Hantu Ade Anak?? Part 4"
hahhahaa kejam2 sambung lagi, tapi sumpah seram seyh. based on story nampak sangat benda tu ada banyak and merata-rata. kalau saya dah pengsan agaknya..